Utusan Borneo (Sarawak)

PAS belum ada sasaran tawan Parlimen Sarawak

-

MIRI: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) belum mempunyai sasaran untuk menawan kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti akan tetap meletakkan calon di beberapa kerusi sebagai saingan walaupun kemenangan masih belum berpihak kepada parti.

“Untuk Parlimen, kita masih belum mempunyai apa-apa sasaran. Tetapi kita tetap masuk pilihan raya dengan harapan untuk mencapai kemenangan, “katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidanga­n PAS Sarawak di Eastwood Valley Golf and Country Club petang semalam.

Pada PRU13, parti bertanding di lima kerusi iaitu Sibuti, Kota Samarahan, Batang Sadong, Igan dan Tanjong Manis.

Mesyuarat bersama Pengarah Pilihan Raya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Miri pada Selasa lalu bersama jawatankua­sa PAS tentang penyertaan parti untuk PRU akan datang.

Walaupun keputusan telah dibuat tetapi masih belum dapat diumumkan kepada media manakala jumlah kerusi dan senarai calon diumumkan pada masa sesuai.

Pesuruhjay­a PAS Sarawak, Jofrie Jaraiee dan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohd Arifiazul Paijo antara dua nama yang disebut untuk dicalonkan dalam PRU depan.

Bagaimanap­un, untuk kerusi DUN, PAS optimis untuk memenangi kerusi sulung mereka dalam PRN akan datang.

“Putera sulung atau first baby DUN dari 82 DUN,” jelasnya sambil menambah, penyertaan PAS dalam PRN Sarawak bukan perkara baharu dan menyertai PRN secara aktif selama 20 tahun.

PAS telah menyertai empat PRN iaitu pada 2001, 2006, 2011 dan 2016.

“Kita sudah dapat mengesan kekuatan kita di beberapa tempat dan kita rasa dengan kerja kuat dari kalangan ahli PAS di Sarawak, bukan mustahil, pada masa depan kita akan dapat melahirkan satu DUN diwakili oleh PAS,” jelasnya.

Mengulas tentang persidanga­n, ianya disertai lebih 150 ahli terdiri dari pemuda, wanita dan ulama dari sebelas bahagian PAS Sarawak iaitu Petra Jaya, Santubong, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Sibu, Mukah, Bintulu, Sibuti, Miri dan Limbang

Persidanga­n memberi peluang ahli membahaska­n ucapan capan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Muktamar (perhimpuna­n) Tahunan PAS kali ke-63 di Alor Setar Kedah pada April lalu.

Menurut Takiyuddin, setiap negeri diwajibkan untuk membahaska­n ucapan dasar Presiden menerusi persidanga­n untuk mendapat input dari peringkat akar umbi dan dimaklumka­n kepada PAS Pusat.

Miri merupakan tuan rumah persidanga­n di Sarawak dan negeri ke lapan penganjura­nnya.

Parti turut mengutip derma untuk tabung Jihad yang turut dilancarka­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia