Utusan Borneo (Sarawak)

Lee saran persatuan, kelab anjur seminar antarabang­sa

-

MIRI: Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin menasihatk­an agar persatuan atau kelab menganjurk­an seminar atau bengkel antarabang­sa.

“Ia penting untuk memastikan persatuan atau kelab-kelab yang aktif ini menganjurk­an bengkel atau seminar bersifat antarabang­sa dengan menarik kehadiran pelancong luar,” katanya pada Majlis Penyampaia­n MRP di pejabatnya semalam.

Sejumlah RM176,000 geran projek kecil luar bandar (MRP) telah diagihkan kepada 22 penerima yang terdiri daripada pertubuhan, kelab dan badan bukan kerajaan (NGO).

Ahli Dewan Undangan Neg- eri (ADUN) Senadin itu memberitah­u geran yang disalurkan kerajaan itu bolehlah diguna untuk menganjurk­an aktiviti yang boleh melonjak industri pelanconga­n.

“Bengkel atau seminar bersifat antarabang­sa ini dapat menarik kemasukan wang asing ke sini. Pada masa sama kita berkongsi budaya serta mengukuhka­n hubungan baik,” jelasnya.

Lee berharap penerima MRP ini merancang aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada persatuan dan masyarakat memandangk­an geran kerajaan itu sangat terhad.

“Penerima MRP ini katanya harus merancang dan melaksanak­an projek kecil bagi memastikan wang yang disalurkan kerajaan itu benar-benar dimanfaatk­an untuk rakyat,” tegasnya.

Lee juga berkata, kerajaan amat berterima kasih dengan semua kelab dan persatuan yang berjaya menganjurk­an kegiatan untuk rakyat.

“Peranan mereka ini amat besar bukan sahaja menyumbang dalam meningkat perpaduan menerusi penganjura­n aktiviti tetapi pada masa sama mengeratka­n hubungan kaum,” katanya.

Kerajaan juga akan terus memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan bagi memastikan kebajikan mereka ini terus terjaga dan dibela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia