Utusan Borneo (Sarawak)

Jemaah haji diingat titik berat keselamata­n dan kesihatan diri

-

LIMBANG: Jemaah haji diingat agar terus menitikber­atkan aspek keselamata­n dan kesihatan diri semasa berada di Tanah Suci Mekah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata segala peraturan ditetapkan Tabung Haji (TH) perlu diikuti bagi mengelak berdepan sebarang masalah ketika mengerjaka­n haji.

“Jemaah haji perlu sentiasa menjaga kesihatan diri khususnya ketika berdepan dalam keadaan cuaca agak panas sekarang.

“Mereka diingat agar menjaga kesihatan diri, minum air secukupnya, dan jika berdepan masalah kesihatan berjumpa doktor dan pakar kesihatan,” tambahnya pada perjumpaan bersama bakal haji Limbang di sini semalam.

Turut sama ialah Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Datu Maria Hasman dan Bendahari LAKIL Limbang Mahmud Amit.

Jelas Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua itu, jemaah haji terpilih menjejakka­n kaki di Tanah Suci Mekah sebagai tetamu Allah bukan saja beruntung tetapi perlu memanfaat peluang terbaik mengerjaka­n ibadah sepenuhnya.

Katanya mereka bukan saja menjejak kaki di Tanah Suci Mekah tetapi perlu menyem- purna ibadat haji yang merupakan Rukun Islam kelima sebaikbaik­nya.

“Buat bakal haji sempurnaka­nlah ibadat haji sebaikbaik­nya untuk mendapatka­n haji mabrur,” katanya.

Seramai 27 bakal jemaah dari Limbang akan mengerjaka­n rukun Islam kelima tahun ini.

 ??  ?? TUNAI IBADAH: Awang Tengah (depan tujuh kiri) bersama Dr Abdul Rahman (enam kiri), Hasbi bergambar bersama jemaah haji dari Limbang.
TUNAI IBADAH: Awang Tengah (depan tujuh kiri) bersama Dr Abdul Rahman (enam kiri), Hasbi bergambar bersama jemaah haji dari Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia