Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan sukan medium untuk capai kejayaan dalam kerjaya

-

SARIKEI: Menceburi bidang sukan secara serius mampu memberikan manfaat positif kerana bidang ini mempunyai banyak peluang dan ruang kepada golongan berminat dan kebolehan memajukan diri untuk berdepan pasaran kerjaya lebih terbuka.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Teng Ung Woo berkata, dalam perkara ini, masyarakat tidak harus memandang bidang sukan ini dari satu sudut dan aspek sahaja.

“Skop berkaitan bidang sukan masa kini amat luas kerana mempunyai pelbagai peluang boleh dijadikan se- siapa sahaja mampu mengintai peluang ada untuk memajukan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Pertanding­an Bola Keranjang Bawah 10 tahun di sini semalam.

Pertanding­an ini anjuran Persatuan Bola Keranjang Sarikei dengan menjadikan Gelanggang Bola Keranjang Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Su Lee Sarikei sebagai venue utama pertanding­an.

Teng menjelaska­n, apa yang penting sekali ialah mengguna segala daya kreatif, azam dan kebijaksan­aan dalam memanfaatk­an setiap peluang sebagai platform untuk berjaya.

Katanya, bidang sukan satu bidang kian diminati generasi muda hari ini dan peluang seperti itu wajar dimanfaat golongan diminati dan mempunyai kebolehan untuk dijadi satu kerjaya boleh memberikan impak positif.

Katanya, sukan merupakan landasan pembentuka­n kemenjadia­n holistik dan sahsiah bagi setiap pelajar sekolah rendah dan menengah ke arah mencapai keseimba-ngan dalam bidang akade-mik dan kokurikulu­m.

“Berdasar tujuan dan matlamat utama penganjura­n program ini adalah untuk memupuk nilai-nilai murni dan perpaduan pelbagai kaum.

“Program ini juga berperanan untuk melahirkan generasi muda yang berkeyakin­an dan bekerjasam­a di antara satu sama lain,” kata Teng lagi.

Dalam pertanding­an ini, sebanyak lapan sekolah rendah telah menghantar pasukan masing- masing untuk berentap pada pertanding­an ini.

Daripada jumlah tersebut, lapan pasukan adalah kategori lelaki, manakala tujuh pasukan telah menyertai pertanding­an untuk kategori wanita.

 ??  ?? SEDIA MULA!: Teng menyempurn­akan perasmian Pertanding­an Bola Keranjang Bawah 10 Tahun, semalam.
SEDIA MULA!: Teng menyempurn­akan perasmian Pertanding­an Bola Keranjang Bawah 10 Tahun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia