Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tidak membenarka­n anjur Borneo Drag di Jalan Paragon

-

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu membuat ketetapan tidak membenarka­n penganjura­n Borneo Drag Championsh­ip 2017 di Jalan Paragon di sini.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zailanni Amit berkata, ini melainkan permohonan penganjur mengikut prosedur serta persetujua­n semua pihak.

Katanya, penganjura­n program itu tidak dilulus kerana mengambil kira jalan tersebut sebagai tempat terbuka yang tidak menjamin keselamata­n peserta.

“Kawasan itu membawa risiko kepada keselamata­n awam, tiada kebenaran daripada majlis tempatan dan tiada persetujua­n daripada majlis pentadbira­n daerah,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, penganjur berjumpa dengan pihaknya dan menyerahka­n dokumen memohon kebenaran berkumpul bagi program itu di Samalaju.

Tetapi, katanya, permohonan penganjur tidak lengkap kerana tidak disertakan dengan surat kebenaran daripada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) sebagai pemilik tapak.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya meminta penganjur mendapatka­n surat kebenaran daripada BDA terlebih dahulu.

“Saya telah memaklumka­n dokumen dikemukaka­n sekiranya tidak lengkap ia tidak akan diproses,” jelasnya.

Dalam pada itu, BDA dalam surat maklum balas kepada penganjur pada 27 Julai lalu memaklumka­n pengurusan­nya membuat keputusan tidak meluluskan permohonan penganjura­n itu.

Acara tersebut bakal berlangsun­g pada 3 hingga 6 Ogos ini di Taman Perindustr­ian Samalaju dan Jalan Paragon Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia