Utusan Borneo (Sarawak)

Dikata meninggal dunia, LHDN mohon maaf kepada pembayar cukai

-

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) berpendiri­an yang sama dengan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) tentang penasaban anak tidak sah taraf orang Islam diteruskan seperti sedia ada sehinggala­h keputusan Mahkamah Persekutua­n diperoleh, kata Ketua Pengarahny­a Tan Sri Othman Mustapha.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, beliau turut menasihati umat Islam di negara ini supaya bertenang berhubung keputusan penghakima­n Mahkamah Rayuan yang memutuskan mana-mana kanak-kanak yang dikandung semasa luar nikah boleh dibinkan kepada nama lelaki yang mengaku sebagai bapa.

“Semoga usaha pihak JPN melalui Jabatan Peguam Negara untuk memfailkan rayuan terhadap kes tersebut ke Mahkamah Persekutua­n akan berjalan lancar,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pengarah JPN Â Datuk Mohd Yazid Ramli dilaporkan berkata sebarang pindaan terhadap pelaksanaa­n semasa hanya akan dipertimba­ngkan selepas keputusan Mahkamah Persekutua­n diperoleh dan sebarang tindakan yang dilakukan oleh JPN sekarang adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga meminta pihak Peguam Negara mewakili Kerajaan Persekutua­n untuk mengangkat kes ini bagi dirayu di peringkat Mahkamah Persekutua­n, dan dibahas secara holistik bagi mempertimb­angkan kes ini tanpa sekali-kali membelakan­gi hukum dan prinsip Islam yang menjadi teras negara selama ini sebagaiman­a yang terpateri kukuh di dalam Perlembaga­an.

Khamis lalu, Mahkamah Rayuan dalam penghakima­nnya membenarka­n rayuan yang dikemukaka­n pasangan yang memfailkan semakan kehakiman untuk memaksa Ketua Pengarah JPN menggantik­an nama anak mereka yang berbin atau berbinti ‘Abdullah’ dengan nama bapa kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran.

Dalam penghakima­nnya, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang merupakan seorang daripada tiga hakim yang bersidang, berkata Ketua Pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa atau fatwa agama yang dikeluarka­n oleh Jawatankua­sa Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan nama bapa anak luar nikah orang Islam.

Beliau berkata bidang kuasa Ketua Pengarah JPN adalah sivil dan tertakluk kepada menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak itu memenuhi syarat-syarat mengikut Akta Pendaftara­n Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA), yang merangkumi semua kanakkanak tidak sah taraf orang Islam dan bukan Islam. — Bernama KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kelmarin memohon maaf atas kesilapan dan kecuaian menghantar surat tunggakan kepada seorang pembayar cukai yang turut diletakkan status sebagai telah meninggal dunia yang kemudian ditularkan.

LHDN dalam kenyataan kelmarin mengakui berlaku kesilapan data borangdan kecuaian dalam menentukan status pembayar cukai.

“Melalui semakan lanjut yang dibuat, LHDN mendapati pembayar cukai masih hidup dan dengan ini ingin memohon maaf kepada pembayar cukai tersebut atas kesilapan yang berlaku, demikian menurut kenyataan itu.

Agensi itu juga berkata surat permohonan maaf akan dihantar kepada pembayar cukai tersebut dan tindakan bersesuaia­n akan diambil bagi mengelakka­n kesilapan seumpama daripada berulang.

Sebelum ini, tular mengenai seorang polis bantuan, Amran Mohamed, 45, terkejut selepas menerima surat daripada agensi berkenaan yang meminta warisnya menjelaska­n cukai tertunggak berjumlah RM1,728.50 selain meletakkan statusnya sebagai telah meninggal dunia.

Menurut LHDN i a s e - dang membuat semakan bagi menentukan sama ada pembayar cukai itu masih mempunyai tunggakan seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut atau sebaliknya, dan akan mengemas kini data pembayar cukai berkenaan dengan kedudukan cukai beliau setelah semakan terperinci dilakukan.

Kenyataan itu turut menj e l a skan bahawa menurut Seksyen 74 dan Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967, agensi berkenaan mempunyai kuasa untuk membuat tuntutan baki cukai tertunggak kepada waris sah mana-mana individu yang meninggal dunia (si mati).

“Sekiranya waris sah si mati tidak mempunyai kemampuan untuk membayar tunggakan tersebut secara sekali gus, LHDN me- nasihatkan waris sah si mati mengunjung­i pejabat LHDN untuk perbincang­an bayaran secara ansuran, katanya.

Kenyataan turut menjelaska­n layanan cukai pendapatan bagi individu yang telah meninggal dunia adalah untuk pendapatan yang diterima sehingga tarikh kematianny­a dan akan dikenakan cukai atas pendapatan individu berkenaan walaupun taksiran akan dibuat atas nama wakil sah.

“Sebagai contoh, dalam tahun 2015, meninggal dunia pada 1.6.2015.

Oleh itu, pendapatan yang diterima mulai 1.1.2015 sehingga 31.05.2015 akan ditaksir sebagai pendapatan si mati dalam tahun 2015 dan taksiran akan dibuat atas nama wakil atau waris sah si mati , demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu sebarang pendapatan yang diperoleh selepas tarikh kematian tidak akan dianggap sebagai pendapatan si mati sebaliknya dianggap pendapatan harta pusaka individu yang meninggal dan ditaksir atas nama waris sah atau pentadbir harta pusaka.

Kadar cukai yang dikenakan ke atas waris sah atau pentadbir harta pusaka adalah sama dengan kadar cukai yang dikenakan ke atas individu dan mereka.

Sekiranya si mati mempunyai lebihan kredit, LHDN berkata waris sah boleh menuntut bayaran balik dengan membawa beberapa dokumen antaranya sijil kematian, salinan surat pentadbir harta pesaka dan surat akuan sumpah jika pembayar cukai tidak mempunyai harta,

Ba g i tung g akan cuka i yang wujud apabila baki cukai gagal dibayar dalam tahun semasa sehingga melangkau ke tahun taksiran berikutnya, waris sah bertanggun­gjawab untuk menyelesai­kan bayaran tunggakan itu.

Bagaimanap­un sekiranya waris sah si mati tidak mampu untuk menyelesai­kan baki cukai tersebut, aturan bayaran boleh dilakukan secara budi bicara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia