Utusan Borneo (Sarawak)

Keadaan di Mekah selamat, terkawal: TH Jemaah haji Malaysia tidak perlu bimbang, mereka bebas bergerak untuk beribadat

-

MEKAH: Jemaah haji Malaysia tidak perlu bimbang dengan situasi di Mekah dan mereka bebas bergerak untuk beribadat di Masjidil Haram kerana keadaan di kota suci itu masih selamat dan terkawal.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) 1438 Hijrah, Nurrin Anuwar Shamsuddin berkata Tabung Haji (TH) sentiasa bekerjasam­a rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, dan setakat ini tiada sebarang amaran berjaga-jaga dikeluarka­n.

“Keadaan di Mekah masih terkawal, jemaah boleh

Keadaan di Mekah masih terkawal, jemaah boleh bergerak ke Masjidil Haram.., tiada sekatan (pergi ke manamana di Mekah) setakat ini.

b e r g e r a k k e Ma s j i d i l Haram..,tiada sekatan (pergi ke mana-mana di Mekah) setakat ini.

“Kepada kaum keluarga jemaah haji (di tanah air)...insya-Allah semuanya selamat dan terkawal di sini. Kita pun sudah berada di Mekah, dan melihat sendiri keadaan adalah selamat dan terkawal,” katanya kepada pemberita Malaysia di Ibu Pejabat TH Mekah di Hotel Abraj AlJanadriy­ah di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Mekah dan berharap pelakunya dibawa ke muka pengadilan.

Kementeria­n Luar dalam satu kenyataan kelmarin menyifatka­n perbuatan keji yang dilancarka­n oleh puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamata­n jemaah haji.

Pa s u k a n k e s e l ama t a n Arab Saudi pada Khamis (27 Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai ‘Burkan-1’, yang disasarkan 69 kilometer dari Mekah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

Menurut laporan media antarabang­sa, puak Houthi pada Jumaat mengesahka­n melancarka­n peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi, namun berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabang­sa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan tersebut.

Mengulas lanjut, Nurrin Anuwar menasihatk­an jemaah haji Malaysia supaya mengikut segala jadual yang ditetapkan TH, dan akan memaklumka­n sebarang perkembang­an terkini di sini, selain meminta jemaah peka dengan keadaan sekeliling.

“A l h amd u l i l a h , T H bangga dengan jemaah Malaysia yang sangat berdisipli­n, berpengeta­huan dan mengikut a r ahan. . s e l a - gi ikut arahan, keselamata­n mereka akan terjaga.

“Kalau ada insiden, jangan kita pandai-pandai nak hampiri. Kita datang ke sini untuk beribadat, dan jauhkan diri daripada sebarang perhimpuna­n... fokus kepada ibadat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau b e r k a t a TH j u g a mempunyai pasukan peronda untuk memantau dari segi aspek keselamata­n jemaah haji Malaysia di Masjidil Haram, dan sebelum kumpulan itu keluar bertugas, mereka diberikan taklimat mengenasi situasi semasa di kawasan berkenaan.

“Anggota peronda k i t a memp u n y a i l a t a r be l akang pa sukan ke s e - lamatan dan lebih arif untuk akses keadaan di luar sana,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia