Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak rasional banding Sabah dan UMNO dengan Sarawak

-

SEMPORNA: Perbanding­an dilakukan Parti Warisan Sabah ( PWS) seolah- olah UMNO gagal di Sabah dan memberikan Sarawak sebagai contoh terbaik tanpa UMNO merupakan tindakan tidak rasional, kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah berkata kenyataan itu juga sebagai tidak adil dan memiliki agenda tersendiri.

“Diakui Sarawak yang diperintah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) kukuh bertapak dan berjaya mentadbir serta membangunk­an Sarawak dengan baik.

“Namun peranan dan budi baik UMNO yang selama ini menjadi tonggak kepada pembanguna­n Sabah juga tidak boleh diperkecil­kan dan pihak yang tidak mengakui atau mengiktira­f pembanguna­n dibawa UMNO, mempunyai agenda tersendiri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PWS, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa Sarawak maju tanpa adanya UMNO.

Menurut Ramlee selama 27 tahun UMNO bertapak di Sabah pelbagai pembanguna­n ketara dilaksanak­an termasuk pembanguna­n modal insan dan rakyat telah menikmati serta menerima manfaatnya.

“Selagi manusia itu ada mata, ada telinga, mereka boleh melihat pada perkara realiti dibawa UMNO ke Sabah dan jangan merendahka­n atau tidak kredit langsung seolaholah tiada pembanguna­n,” katanya lagi.

Sementara itu, Ramlee berkata Shafie membuat kenyataan menunjukka­n beliau kecewa akan tetapi tanpa sedar kenyataan itu sebenarnya menunjukka­n kegagalan beliau untuk menyumbang kepada pembanguna­n Sabah sewaktu memegang jawatan dalam parti dan kabinet yang mempunyai peruntukan terbesar.

Ramlee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya turut menasihatk­an rakyat harus sedar bahawa kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini sentiasa berusaha untuk membangunk­an Sabah demi kesejahter­aan rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia