Utusan Borneo (Sarawak)

Suntikan vaksin mampu elak haiwan peliharaan daripada dijangkiti rabies

-

SRI AMAN: Masyarakat setempat yang mempunyai haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing digesa mendapatka­n suntikan vaksin bagi mengelak jangkitan virus rabies yang setakat ini telah mengorbank­an lima nyawa di negeri ini.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, walaupun bandar Sri Aman belum lagi mencatatka­n jangkitan rabies, tetapi masyarakat harus bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n jangkitan memandangk­an wabak sudah merebak di banyak tempat.

“Sebelum wabak ini merebak ke kawasan bandar ini, masyarakat haruslah bersiap sedia dengan memberi suntikan vaksin kepada anjing serta kucing peliharaan mereka dengan seberapa segera,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap pada Program Taklimat Rabies anjuran 14 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kawasan Cina, Sri Aman di sini, pagi semalam.

Harden berkata, setakat ini hanya kawasan Punggu Mawang, Sri Aman telah diwartakan sebagai kawasan kawalan penyakit rabies sejak 18 Julai lalu.

“Kawasan 10 kilometer radius daripada Punggu Mawang termasukla­h kawasan Selepong hingga ke Rapak, Lachau dan Selanjan.

“Kawasan terlibat adalah kawasan kawalan yang diwartakan sebagai kawasan kawalan penyakit ini selepas dua kes jangkitan dicatatkan di kawasan Punggu Mawang sebelum ini,” jelasnya.

Harden turut menyeru masyarakat agar mengurung anjing dan kucing peliharaan mereka bagi mengelak daripada dijangkiti rabies.

“Rabies atau penyakit anjing gila merupakan penyakit yang disebabkan jangkitan ‘lassavirus’ dari haiwan yang dijangkiti rabies.

“Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia,” jelasnya.

Terdahulu, sesi taklimat dikendalik­an oleh Dr Musalnizam Mustalkah dari Hospital Bahagian Sri Aman dan Pegawai Pertanian Sri Aman Chana Langkan, manakala Bong Ting Ting mengendali­kan taklimat dalam bahasa Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia