Utusan Borneo (Sarawak)

JKM berperanan penting bangun usahawan mikro

Bantu klien berjaya dalam perniagaan dan keusahawan­an, sekali gus keluar dari belenggu kemiskinan

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) memainkan peranan penting dalam melahir dan membangunk­an usahawan daripada golongan sasar yang berpendapa­tan rendah untuk menjadi Usahawan Mikro Kebajikan (UMK).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Ding Kuong Hiing berkata, program Karnival Usahawan Mikro, contohnya, adalah inisiatif terbaik JKM dalam menyediaka­n platform kepada usahawan mikro untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka secara terbuka.

“Dalam perkara ini, JKM telah memberikan penekanan dan fokus terhadap klien mereka yang produktif dan berminat untuk berjaya serta mempunyai kemampuan untuk menggalas tanggungja­wab serta kepercayaa­n yang telah diamanahka­n.

“Untuk merealisas­ikan matlamat ini, JKM telah memberikan beberapa bantuan kepada golongan terbabit, khususnya dari aspek modal dan khidmat nasihat.

“Bagi UMK ini, JKM telah menyediaka­n Bantuan Geran Pelancaran sebanyak RM5,000 sebagai bantuan permulaan, dengan hasrat

Bagi UMK ini, JKM telah menyediaka­n Bantuan Geran Pelancaran sebanyak RM5,000 sebagai bantuan permulaan, dengan hasrat membantu klien mereka berjaya dalam perniagaan dan keusahawan­an, serta keluar dari belenggu kemiskinan.

membantu klien mereka berjaya dalam perniagaan dan keusahawan­an, serta keluar dari belenggu kemiskinan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mini Karnival UMK Zon Tengah 2017 di Dewan Sentral Sarikei, semalam.

Program yang melibatkan penyertaan peserta UMK dari Sibu, Kapit, Mukah dan Sarikei itu bertujuan membantu meningkatk­an pendapatan klien JKM yang terdiri daripada golongan berpendapa­tan rendah dan miskin maju ke hadapan melalui program keusahawan­an.

Ding berkata, program sedemikian adalah landasan terbaik untuk membantu golongan sasar meningkatk­an prestasi diri.

Katanya, program ini turut memberi peluang kepada klien JKM meninjau prospek dan peluang dalam dunia perniagaan.

“Melalui program ini, usahawan mikro akan berkongsi maklumat, pengalaman dan pengetahua­n di kalangan mereka untuk maju ke hadapan menerusi konsep persaingan sihat. Program ini turut meningkatk­an daya saing dan pasaran produk ke peringkat yang lebih jauh.

“Langkah ini turut menyasarka­n UMK perlu mendapat keuntungan bersih sebanyak RM1,000 sebulan hasil daripada perniagaan sekali gus memberi peluang kepada golongan sasar mengubah kehidupan,” tegas Ding.

Pada masa sama, Ding menyeru para peserta UMK agar tidak mudah patah semangat dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran yang bakal mereka tempuh untuk mencapai kejayaan.

Sementara itu, Pengarah JKM Sarawak Abang Shamsudin Abang Seruji dalam ucapan alu-aluannya berkata, Karnival UMK itu merupakan kali ketiga dianjurkan pada tahun ini.

“Berdasarka­n statistik bagi bantuan bulan JKM Sarawak sehingga 31 Mei tahun ini, hampir 57,000 individu telah menerima bantuan dengan jumlah perbelanja­an hampir RM80 juta.

“Kita berharap tahun ini dan pada masa akan datang, JKM akan mampu melahir- kan lebih ramai lagi golongan UMK.

“Semenjak Bantuan Geran Pelancaran dilaksanak­an pada tahun 2013 hingga ke hari ini, terdapat 1,735 individu telah menerima bantuan, dan daripada jumlah tersebut seramai 192 klien JKM telah menjadi UMK yang berjaya,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo, Residen Bahagian Sarikei Mohd Junaidi Mohidin dan Pegawai Pejabat Kebajikan Bahagian Sarikei Tang Kee Lee.

 ??  ?? TERUS MAJU: Para peserta UMK yang menerima sijil penyertaan merakam kenangan bersama dengan Ding dan tetamu kehormat lain.
TERUS MAJU: Para peserta UMK yang menerima sijil penyertaan merakam kenangan bersama dengan Ding dan tetamu kehormat lain.
 ??  ?? SELESAI TAKLIMAT: Harden (sembilan kanan), Dr Musalnizam (sepuluh kanan) serta ketua-ketua masyarakat Cina merakam kenangan selesai taklimat berkenaan.
SELESAI TAKLIMAT: Harden (sembilan kanan), Dr Musalnizam (sepuluh kanan) serta ketua-ketua masyarakat Cina merakam kenangan selesai taklimat berkenaan.
 ??  ?? LAWATAN: Paul (duduk, kanan) dan Haw (duduk, kiri) dan rombongan bersama Manyin semasa lawatan baru-baru ini.
LAWATAN: Paul (duduk, kanan) dan Haw (duduk, kiri) dan rombongan bersama Manyin semasa lawatan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia