Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan seorang lelaki, rampas dadah di Selama

-

SELAMA: Polis menahan seorang lelaki dan merampas enam paket plastik lutsinar berisi dadah dipercayai jenis heroin seberat 157 gram, di belakang sebuah rumah di Kampung Tua, Ulu Krian, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Selama DSP Loh Lian Lay berkata lelaki berumur 30 tahun itu ditahan ketika polis sedang menjalanka­n Ops Tapis Khas pada jam 3.45 petang.

Katanya, ketika ditahan, polis telah melakukan pemeriksaa­n ke atas beg galas warna hitam berjenama yang digalas di bahu suspek dan menemui enam peket plastik lutsinar yang berisi dadah berkenaan.

“Polis juga menjumpai satu kad pengenalan atas nama suspek di dalam beg galas itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis morfin dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama KUALA LUMPUR: Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya ber sama empat yang lain terbalik di Empangan Semenyih, malam kelmarin, ditemui lemas.

Mayat Amer Nur Rashid Dzul rashid, 28, se- orang anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di dasar empangan berkenaan pada jam 11.26 pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mencari dan menyelamat mangsa sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.48 malam kelmarin.

Katanya ketika dihubungi di sini semalam, beliau berkata dalam kejadian kirakira 11 malam itu, mangsa bersama empat rakannya dalam perjalanan ke Pulau Pasir Putih, di Empangan Semenyih untuk memancing sebelum bot yang dinaiki terbalik.

Empat rakan mangsa ber- jaya menyelamat­kan diri dengan berenang ke tebing pulau berkenaan, sebelum menyedari mangsa hilang.

“Sebelum itu, bot yang sama telah membawa lima lagi rakan mangsa menyeberan­g ke pulau berkenaan.

“Operasi mencari dan menyel ama t mangs a di - lakukan sejak awal pagi semalam manakala sembilan rakan mangsa yang berusia antara 21 hingga 38 tahun itu berjaya diselamatk­an pada jam 6.58 pagi semalam,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia