Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia digesa sertai Kumpulan Sokongan Hepatitis

Beri kesedaran rakyat terhadap ancaman kesihatan utama ketika ini

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan semalam menyeru rakyat di negara ini agar menyertai Kumpulan Sokongan Hepatitis dalam usaha melahirkan kesedaran terhadap penyakit itu yang dilihat sebagai antara ancaman kesihatan utama bagi rakyat Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada masa ini tahap kesedaran mengenai penyakit hepatitis dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan ramai yang tidak sedar mereka mungkin telah dijangkiti.

“Sekarang hanya ada 78 anggota ( dalam kumpulan ini) dan saya berharap angka ini akan meningkat,” katanya pada ‘Walk-A-Run Hepatitis 2017’ yang dianjurkan bersempena Hari Hepatitis Sedunia, di sini semalam.

Baru- baru ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m mendedahka­n kira-kira 500,000 rakyat Malaysia menghidap Hepatitis C dan kebanyakan mereka tidak menyedarin­ya.

Dr Subramania­m turut dilaporkan berkata kadar jangkitan Hepatitis C meningkat daripada 3.71 peratus pada 2009 kepada 8.57 peratus tahun lalu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham percaya negara ini dapat menghapusk­an sepenuhnya penyakit hepatitis menjelang 2030, seiring dengan Strategi Sektor Kesihatan Global mengenai Hepatitis Viral Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

“(Kos) pencegahan penyakit ini juga lebih murah berbanding merawatnya, dan vaksin untuk hepatitis B boleh membantu mencegah hepatitis C,” katanya.

Beliau turut mengulangi komitmen kerajaan untuk

 ?? — Gambar Bernama ?? BERLEPAS: Dr Noor Hisham (dua, kanan) melepaskan peserta pada Majlis ‘Walk-A-Run Hepatitis’ di Taman Layang-Layang Metropolit­an Kepong semalam.
— Gambar Bernama BERLEPAS: Dr Noor Hisham (dua, kanan) melepaskan peserta pada Majlis ‘Walk-A-Run Hepatitis’ di Taman Layang-Layang Metropolit­an Kepong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia