Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton yakin dapat kelajuan penuh dari kereta Mercedesny­a

-

BUDAPEST: Lewis Hamilton tetap yakin kelmarin untuk mendapatka­n kelajuan yang lebih dari kereta Mercedes untuk mencerahka­n peluangnya memecah rekod dengan kemenangan keenam di Grand Prix Hungary pada hujung minggu ini.

Juara dunia sebanyak tiga kali yang memburu kejuaraan itu, dan ketinggala­n hanya satu mata sahaja di belakang juara empat kali Sebastian Vettel dalam perebutan kejuaraan, hanya menduduki tempat kelima sahaja setelah dua sesi latihan pembukaan yang didahului pemandu Red Bull dari Australia, Daniel Ricciardo.

Vettel menduduki tempat kedua untuk Ferrari di hadapan rakan Hamilton dalam pasukan Mercedes, Valtteri Bottas.

“Ia bukan permulaan yang paling mudah kepada hujung minggu ini, dengan keadaan yang begitu ber- ibut,” kata Hamilton.

“Kami menamatkan hari ini di tempat kelima, tetapi kereta itu ternyata memiliki kelajuan yang bagus.

“Ia sangat sengit antara Ferrari, Red Bull dan kami sendiri di bahagian atas papan pendahulu, jadi ia kelihatan seperti hujung minggu yang mengujakan.

“Kerja perlu dibuat lagi pada malam ini bagi memperhalu­si imbangan untuk menyediaka­n kereta seperti yang kami inginkan dan saya percaya kelajuan ada di dalam sana.

“Kami hanya perlu menyerlahk­annya sebelum kelayakan kerana setiap per sepuluh amat genting dengan tiga pasukan yang memberikan cabaran.”

Bottas, yang turut berusaha untuk memberi cabaran yang serius bagi memenangi kejuaraan, berkata: “Kami ada kerja untuk dibuat. Ketiga- tiga pasukan di hadapan nampak sangat rapat.

“Saya tidak begitu gembira dengan imbangan kereta dan saya terutamany­a bergelut dengan bahagian belakang.

“Suhu dijangka naik, yang bermakna kita benar- benar perlu menstabilk­an lagi bahagian belakang kereta.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia