Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia pertama beraksi Liga Pro Kabaddi

-

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin bukan negara ‘ gergasi’ kabaddi di rantau ini tetapi seorang pemain Malaysia sendiri, B. Mugilan kini beraksi dalam Liga Pro Kabaddi di India.

Pemain berusia 24 tahun, yang mewakili negara pada Sukan Asia 2014 Incheon dan Sukan Pantai Asia 2016 di Vietnam, akan membuat penampil a n d a l am a k s i Tami l Th a l a i v a s d a r i Tami l Nadu menentang Telegu Titans pada musim kelima liga profesiona­l itu malam kelmarin.

Mugilan, seorang pemandu lori dari Negeri Sembilan, melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia yang pertama bermain dalam liga selama 13 minggu itu, meliputi 138 perlawanan di 11 negeri yang bermula kelmarin sehingga 28 Okt.

Menurut s e t i aus aha agung Persatuan Kabaddi Malaysia (KAM) E. Padmanatha­n, persatuan itu menghantar dua pemain untuk pemilihan pemain yang d i a d a k a n p a d a Me i tetapi hanya Mugilan berjaya dalam pemilihan.

“Mugi lan adalah se- orang pemain yang bekerja keras, berdisipli­n dan mempunyai keazaman yang tinggi. Beliau merupakan tulang belakang pasukan kami semasa kempen Sukan Asia dan sekarang beliau menjadi rakyat Malaysia yang pertama beraksi dalam liga kabaddi yang berprestij di dunia dengan ditonton oleh sejumlah besar peminat sukan itu,” kata beliau kepada Bernama.

Sebanyak 12 pasukan akan bersaing dalam liga selama tiga bulan itu yang a k a n m e n y a k s i k a n penampilan Tamil Thalaivas bersama tiga lagi pendatang baharu iaitu Haryana Steelers, Gujarat Fortune Giants dan UP Yoddhas.

Tamil Thalaivas dimiliki oleh oleh bintang kriket India, Sachin Tendulkar dan ahli perniagaan, N. Prasad, sementara bintang filem kelahiran India Selatan Kamal Haasan dilantik sebagai duta jenama bagi kelab itu.

Jumlah penonton yang me n y a k s i k a n l i g a i t u menc a t a tkan pening - katan mendadak setiap musim daripada 435 juta penonton pada musim sulungnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia