Utusan Borneo (Sarawak)

‘GLC ExplorAce 2017’ dijangka jana hasil RM9 bilion

-

KUALA LUMPUR: Acara tahunan, ‘ GLC ExplorAce 2017’ yang menghimpun­kan kalangan usahawan dan vendor tempatan pada Ogos ini, dijangka dapat menjana hasil sekurang- kurangnya RM9 bilion di bawah program pembanguna­n vendor.

Program i tu sebelum ini berjaya menjana perolehan kontrak bernilai RM28.1 bilion bagi tempoh 2014 hingga 2016.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sebanyak 21 syarikat teraju dan 1,440 vendor mewakili pelbagai sektor, akan menyertai acara sehari pada 8 Ogos depan.

“Syarikat teraju seperti UEM Group Bhd yang turut beroperasi di luar negara akan turut menyertai acara ini. Ini merupakan satu kesempatan untuk vendor yang sememangny­a menunggu untuk turut terlibat dalam projek syarikat itu pada masa hadapan.

“Pada masa sama, kita juga mahu mereka maju ke tahap seterusnya dalam program ini iaitu untuk turut melakar kejayaan di peringkat kebangsaan, serantau dan global,” katanya kepada pemberita pada majlis prapelanca­ran GLC ExplorAce di sini, Khamis lalu.

Bertemakan ‘Excelling In The Digital World’ (Mencapai Kecemerlan­gan Dalam Dunia Digital), GLC ExplorAce 2017 yang merupakan inisiatif kementeria­n akan diadakan di Sime Darby Convention Centre.

Ia turut menjadi platform untuk perusahaan kecil dan sederhana menimba pengetahua­n dan mendapat idea atau cadangan perniagaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia