Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah video MTV buang kategori berasaskan jantina HIBURAN

-

MTV menamatkan kategori berasaskan jantina ketika rangkaian tersebut memaklumka­n tentang calon-calon Anugerah Muzik Video pada tahun ini, di mana penyanyi rap Kendrick Lamar mendahului senarai pencalonan.

Pada zaman Presiden Donald Trump dan tindak balas amat kuat yang dia telah cetuskan di kalangan ketua-ketua kebudayaan, MTV turut mengumumka­n kategori baharu ‘Best Fight Against the System’ (Perjuangan Terbaik Menentang Sistem) untuk mengiktira­f muzik aktivis.

Anugerah itu akan ditayangka­n di seluruh dunia dari Los Angeles pada 27 Ogos.

Mencermink­an kempennya dalam media sosial, rangkaian budaya belia dan muzik itu mengumumka­n pencalonan menerusi paparan oleh orang-orang terkenal dalam Instagram.

Lamar, salah seorang tokoh paling terkenal dalam hip-hop, menerima pencalonan terbanyak iaitu lapan, termasuk Video Terbaik untuk ‘HUMBLE.’ – satu renungan yang ironik mengenai kemasyhura­n di mana dia muncul dengan berpakaian seperti paus dan sebagai Yesus dalam ‘The Last Supper’.

Terikat di tempat kedua dengan lima pencalonan adalah Katy Perry untuk fantasi taman hiburan rekaan sainsnya ‘Chained to the Rhythm’ dan The Weeknd untuk lagu ‘Reminder’ yang dibarisi bintang.

Anugerah Muzik Video buat pertama kalinya tidak akan dibahagika­n kepada jantina dengan hadiah baharu Artis Terbaik yang menggabung­kan kategori-kategori lelaki dan wanita terbaik.

Rangkaian itu menyebut dalam satu kenyataan bahawa ia mahu “memecah perintang” dan menerima sambutan yang positif apabila ia menamatkan kumpulan jantina di Anugerah Filem dan TV MTV pada tahun ini.

Calon-calon bagi Artis Terbaik termasuk empat lelaki - Lamar dan The Weeknd, selain Bruno Mars dan Ed Sheeran – dan dua wanita, Ariana Grande dan Lorde.

Kesemua anugerah utama di Amerika Syarikat (AS) termasuk Anugerah Grammy dan Anugerah Oscar mempunyai kategori-kategori lelaki dan wanita yang berasingan.

Anugerah unik yang mencampur-aduk caloncalon lelaki dan wanita termasuk Hadiah Mercury – yang, dengan kepekaan ‘arthouse’, mengiktira­f album British dan Irish terbaik setiap tahun – dan Anugerah Juno untuk artis Kanada.

Pemenang dalam kategori utama ditentukan oleh undian peminat menerusi laman sesawang anugerah itu, vma.mtv. com.

Anugerah Muzik Video biasanya lebih mengenai pertunjuka­n berbanding pemenang pada akhirnya, di mana rangkaian itu dengan gembira menyediaka­n platform global bagi selebriti.

Momen budaya pop dalam gala pada masa lalu termasuk Lady Gaga memakai pakaian yang dibuat daripada daging mentah, Madonna bercumbu di atas pentas dengan Britney Spears dan Beyonce yang menunjukka­n perut besarnya ketika hamil anak pertamanya bersama Jay-Z.

Namun dengan nada yang serius, MTV mengumumka­n anugerah baharu ‘Best Fight Against the System’ untuk meraikan video “yang memberi inspirasi kepada penonton untuk berdiri dan menentang ketidakadi­lan”.

Calon-calon termasuk ‘Surefire’ dari John Legend, di mana video itu mendramaka­n sentimen anti-pendatang dan antiMuslim di AS, dan lagu rancak ‘Immigrants: We Get the Job Done’ dari muzikal blockbuste­r ‘Hamilton’.

Calon lain adalah ‘Black SpiderMan’ yang meraikan kepelbagai­an oleh penyanyi kacukan dwibangsa Logic, ‘Light’ dari Big Sean tentang mengatasi cabaran termasuk diskrimina­si kaum dan ‘Scars to Your Beautiful’ dari Alessia Cara tentang imej badan.

Turut dalam pertanding­an adalah ‘Stand Up / Stand N Rock #NoDAPL’, sebuah lagu hip-hop yang diketuai Taboo dari Black Eyed Peas untuk mencari sokongan bagi menentang Dakota Access Pipeline yang ditentang oleh suku kaum Standing Rock Sioux atas sebab-sebab alam sekitar dan kebudayaan.

Calon-calon bagi Artis Baharu Terbaik – selalunya tanda kemasyhura­n yang meningkat naik dengan cepat – adalah dua penyanyi R&B, SZA dan Khalid, dua penyanyi rap, Kodak Black dan Young M.A., penulis lagu pop Julia Michaels dan Noah Cyrus, aktres berusia 17 tahun dan adik kepada Miley Cyrus yang akan muncul dengan album sulungnya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TERCALON: Gambar fail menunjukka­n Katy Perry membuat persembaha­n semasa empat hari ‘Katy Perry - Witness World Wide’ di Ramon C. Cortines School of Visual and Performing Arts di Los Angeles. Perry mendapat lima pencalonan di Anugerah Video MTV untuk...
— Gambar Reuters TERCALON: Gambar fail menunjukka­n Katy Perry membuat persembaha­n semasa empat hari ‘Katy Perry - Witness World Wide’ di Ramon C. Cortines School of Visual and Performing Arts di Los Angeles. Perry mendapat lima pencalonan di Anugerah Video MTV untuk...
 ??  ?? THE WEEKND
THE WEEKND
 ??  ?? KENDRICK LAMAR
KENDRICK LAMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia