Utusan Borneo (Sarawak)

Perangi penagihan dadah dari peringkat awal

Jika semakin ramai belia terlibat kegiatan dadah, negara akan ketandusan pemimpin masa depan: Fazzrudin

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Gejala penagihan dadah yang semakin berleluasa terutama dalam kalangan belia masa kini perlu diperangi bermula dari peringkat seawal mungkin.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata golongan belia merupakan aset penting kepada masa depan negara.

Jika semakin ramai belia terlibat dalam kegiatan dadah maka negara akan ketandusan pemimpin yang akan meneruskan pentadbira­n negara ini pada masa akan datang.

“Sebab itu penting untuk kita semua memastikan masalah dadah ini dihapuskan bermula dari peringkat seawal mungkin.

“Belia, pemimpin masyarakat dan masyarakat secara keseluruha­nnya bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu memastikan persekitar­an mereka bebas daripada dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan #PDH 2.0 di Medan Niaga Satok di sini semalam.

Kempen tersebut merupakan anjuran AADK Daerah Kuching dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA).

Mengulas mengenai kempen tersebut Fazzrudin berkata meskipun ringkas namun ia mampu memberi impak besar kepada komuniti.

Beliau juga berharap lebih ramai belia dan komuniti setempat akan menyertai kempen seperti ini pada penganjura­n masa akan datang.

Dalam pada itu, seramai 63 peserta melibatkan empat kampung dalam kawasan Gita di bawah DUN Tupong terlibat dalam kempen itu semalam.

Kempen yang memasuki siri kedua tahun ini, merupakan salah satu usaha AADK untuk memerangi masalah penyalahgu­naan dadah dengan memperkasa­kan golongan remaja dan belia sebagai ahli Skuad Sukarelawa­n AADK.

Pada kempen itu, peserta diberi pendedahan mengenai AADK serta perkhidmat­an yang disediakan sebagai input bagi ahli mempromosi­kan serta menyebarka­n maklumat kepada komuniti.

Selain itu, kempen ini juga sebagai memberi pendedahan kepada peserta tentang kemahiran pencegahan dadah dan perancanga­n program supaya dapat diaplikasi­kan dalam komuniti mereka.

Sebab itu penting untuk kita semua memastikan masalah dadah ini dihapuskan bermula dari peringkat seawal mungkin. Fazzrudin Abdul Rahman ADUN Tupong

 ??  ?? TAHNIAH: Fazzrudin (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada peserta Kempen #PHD 2.0 di Medan Niaga Satok di Kuching semalam. Turut kelihatan Timbalan Pengarah AADK Sarawak Kartina Ujin (tiga kiri).
TAHNIAH: Fazzrudin (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada peserta Kempen #PHD 2.0 di Medan Niaga Satok di Kuching semalam. Turut kelihatan Timbalan Pengarah AADK Sarawak Kartina Ujin (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia