Utusan Borneo (Sarawak)

1,121 penagih dadah kini dalam pengawasan AADK Sarawak

-

KUCHING: Seramai 1,121 penagih dadah kini dalam pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak.

Timbalan Pengarah AADK Sarawak Kartina Ujin berkata majoriti daripada penagih ini merupakan golongan belia antara berumur 21 hingga 45 tahun.

“Penagih-penagih ini diletakkan di bawah pengawasan mengikuti Seksyen 6 (1) (a), Seksyen 6 (1) (b) atau Seksyen 8 (3) (a), Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Seksyen 6 (1) (a) bermaksud penagih dimasukkan ke pusat pemulihan untuk rawatan atas perintah mahkamah, Seksyen 6 (1) (b) bermaksud pengawasan dalam komuniti manakala Seksyen 8 (3) (a) penagih secara sukarela mendapatka­n pemulihan daripada AADK,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan #PDH 2.0 di Medan Niaga Satok dekat sini semalam.

Tambah Kartina, dalam usaha memerangi dadah, AADK telah menubuhkan Skuad Sukarelawa­n AADK melibatkan golongan belia dan komuniti setempat.

Skuad ini katanya, merupakan mata dan telinga kepada AADK dalam membantu kerajaan membasmi dadah dalam komuniti masingmasi­ng.

“Kita tahu bahawa kerajaan sendiri tidak mampu memerangi dadah dan di sinilah peranan skuad ini untuk memaklumka­n kepada kita jika ada maklumat mengenai gejala ini.

“Komuniti mesti tahu akan masalah ini cuma yang menjadi persoalann­ya kini ialah sama ada mereka mahu memaklumka­n kepada pihak berkuasa berhubung kegiatan ini atau tidak.

“Sebab itu kita melatih ahli skuad ini supaya mereka tahu apa tindakan yang perlu dibuat jika berdepan dengan masalah ini,” katanya.

AADK menurut Kartina juga merancang memperheba­tkan lagi program memperkasa­kan komuniti dalam membantu kerajaan memerangi dadah.

 ??  ?? PERANGI DADAH: Ahli Skuad Sukarelawa­n AADK mengadakan Kempen Perangi Dadah HabisHabis­an di sekitar Medan Niaga Satok di Kuching semalam.
PERANGI DADAH: Ahli Skuad Sukarelawa­n AADK mengadakan Kempen Perangi Dadah HabisHabis­an di sekitar Medan Niaga Satok di Kuching semalam.
 ??  ?? KARTINA UJIN
KARTINA UJIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia