Utusan Borneo (Sarawak)

13 mat rempit ditahan dalam Ops Samseng Jalanan

-

GEORGE TOWN: Seramai 13 mat rempit ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam Ops Samseng Jalanan berhampira­n Astaka Seagate Bayan Baru di Lebuh Raya Tun Dr Lim Choong Eu, Bayan Lepas dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superinten­den A.Anbalagan berkata dalam operasi selama tujuh jam bermula 2 pagi itu, 13 lelaki berusia 18 hingga 30 tahun tersebut ditahan kerana mempunyai waran tangkap termasuk dua daripadany­a positif dadah.

“Hasil risikan dan intipan, polis menjalanka­n operasi di kawasan itu kerana ia menjadi lokasi mat rempit berlumba haram dan dalam operasi semalam seramai 158 individu termasuk 12 perempuan diperiksa.

“Kami menahan 11 lelaki kerana mempunyai waran tangkap pelbagai kesalahan dan dua lagi lelaki turut ditahan berikutan positif ganja serta syabu,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata dalam operasi yang disertai 25 pegawai dan anggota polis trafik itu, pihaknya mengepung kedua- dua laluan sebelum memeriksa 127 motosikal yang dipercayai berada di situ untuk berlumba haram.

Anbalagan berkata semasa operasi itu, ada mat rempit yang sedang berlumba dan sebaik menyedari kehadiran polis mereka cuba melarikan diri namun gagal.

Katanya sebanyak 35 motosikal disita kerana tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Selain itu, sebanyak 116 saman turut dikeluarka­n membabitka­n pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen, cermin sisi, nombor pendaftara­n, ekzos, lampu brek dan pengubahsu­aian kenderaan,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 34 waran tangkap turut dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia