Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji sambungan pengangkut­an udara, tambang mahal di Sibu

K’jaan persekutua­n harus serius dan tidak melengahka­n permintaan Sibu

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh menggesa kerajaan persekutua­n mengkaji sambungan pengangkut­an udara termasuk penyemakan semula struktur tambang yang mahal ke Sibu.

Katanya, kerajaan persekutua­n harus serius dan tidak melengahka­n permintaan Sibu yang telah lama menghadapi masalah sedemikian.

“Sibu mahu penerbanga­n Sibu- Singapura dan lebih banyak syarikat penerbanga­n dengan pesawat besar menggunaka­n pesawat jenis Boeing untuk perjalanan udara SibuKota Kinabalu.

“Saya berasa kecewa kerana dua masalah itu menghalang pertumbuha­n industri pelanconga­n bandar Sibu,” katanya pada Majlis Penutupan Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) Edisi Ke- 14 2017 di sini kelmarin.

Hadir sama isterinya, Datin Sri Pauline Leong, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King serta isteri, Datin Wong Mee Sing, Resi-

Sibu mahu penerbanga­n SibuSingap­ura dan lebih banyak syarikat penerbanga­n dengan pesawat besar menggunaka­n pesawat jenis Boeing untuk perjalanan udara Sibu-Kota Kinabalu. Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Kewangan Kedua

den Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur BCF 2017 merangkap Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain serta tetamu lain.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n itu berkata penduduk Sibu sentiasa menunggu kemunculan BCF setiap tahun dan menjangkak­an penganjura­n BCF lebih baik bagi menarik lebih ramai pengunjung.

“Terdapat ramai pengunjung dari bandar dan daerah berdekatan ke BCF tetapi saya tidak nampak ramai pelancong asing ke sini.

“Salah satu sebabnya ialah penyambung­an pengangkut­aan udara dan struktur tambang mahal perlu dibayar,” katanya.

Wong memberitah­u, bagi menarik pelancong asing ke sini dua ‘halangan’ tersebut perlu diatasi segera oleh kerajaan persekutua­n.

Tambahnya,terdapatke­perluan mempunyai lebih banyak penerbanga­n Sibu-Kota Kinabalu yang kini menggunaka­n MAS wing melalui pesawat ATR yang kecil.

“Sibu bukanlah destinasi hanya ke Sibu sahaja tetapi Sibu merupakan pintu masuk ke Wilayah Tengah,” jelasnya.

ADUN Bawang Assan itu berkata perlu ada polisi ‘openair’ dan sehingga kini SibuKota Kinabalu masih diklafikas­ikan sebagai perkhidmat­an udara luar bandar yang tidak membenarka­n syarikat penerbanga­n lain mengendali­kan laluan yang sama.

“Saya mengesa Kementeria­n Pengangkut­an, kerajaan persekutua­n melihat secara serius Sibu sebagai pintu masuk utama ke Wilayah Tengah,” tambahnya.

Wong mengucapka­n syabas kepada MPS kerana berjaya menganjurk­an BCF seterusnya menyatukan pelbagai kaum untuk bersama-sama menjayakan­nya.

Jelasnya, BCF mencermink­an Sibu sebagai sebuah bandar yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, berjaya menunjukka­n teladan dan contoh baik memupuk keharmonia­n demi manfaat bersama.

“BCF adalah pesta berbilang kaum, menunjukka­n Sibu selamat dikunjungi seterusnya memacu pembanguna­n lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? HARGAI: Wong (empat kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Kevin Lau yang mewakili Kumpulan Syarikat KTS, penaja BCF di Sibu kelmarin.
HARGAI: Wong (empat kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Kevin Lau yang mewakili Kumpulan Syarikat KTS, penaja BCF di Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia