Utusan Borneo (Sarawak)

Naik taraf dan panjangkan landasan LTB disokong

-

BARIO: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyokong sepenuhnya cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala yang menggesa kerajaan menaik taraf dan memanjangk­an landasan Lapangan Terbang Bario (LTB).

Katanya LTB berperanan penting sebagai laluan pengangkut­an utama bagi meningkatk­an pasaran antara bahagian tanah tinggi dengan kawasan bandar dan dunia.

“Saya berharap Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg akan menimbangk­an permohonan tersebut untuk semakan.

“Bario mempunyai pelbagai produk yang berpotensi untuk dipasarkan dan dengan adanya naik taraf LTB kelak, produkprod­uk ini dapat dijual di bandar- bandar utama dan dieksport ke luar negara,” katanya pada ucapan perasmian Pesta Nukenen 2017 di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip, Menteri Bekalan Air dan Elektrik Luar Bandar Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Datuk Bandar Miri Adam Yii.

Dalam perkara lain, Uggah turut mengumumka­n bahawa Bario telah dimasukkan ke dalam salah satu bahagian yang akan dibangunka­n oleh Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) Sarawak melalui Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA).

“Melalui HDA ini kelak, kita dapat merapatkan jurang pembanguna­n antara kawasan luar bandar dan bandar.

“Ahli dalam HDA ini dipengerus­ikan oleh saya sendiri dan beberapa ADUN dan Ahli Parlimen akan duduk di meja bulat melihat apakah rancangan pembanguna­n yang perlu dibawa ke kawasan ini kelak,” katanya.

Uggah berkata Bario mempunyai banyak kawasan yang berpotensi untuk dibangunka­n seperti kawasan penanaman beras bario dan beberapa industri komoditi yang lain.

“Selepas HDA dilaksana, ia mampu menarik lebih ramai pelancong ke kawasan ini dan aktiviti pelanconga­n akan semakin rancak berkembang di Bario kelak.

“Kerajaan yakin RECODA mampu membantu melaksanak­an aktiviti pembanguna­n di kawasan tanah tinggi kelak selepas kejayaan mereka memajukan beberapa projek pembanguna­n di Sarawak sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Gerawat dalam ucapannya menyatakan sokongan penuh masyarakat di sini dalam usaha kerajaan membangunk­an kawasan tanah tinggi dengan tertubuhny­a HDA.

“Melalui HDA ini kelak, diharap sistem pengangkut­an udara di sini dapat dinaik taraf agar LTB dapat menampung pendaratan pesawat ATR selain Twin Otter yang diguna sekarang.

“Dengan penambahba­ikan LTB kelak, ia mampu membawa lebih ramai pelancong ke sini dan dapat merasai sendiri keindahan tanah tinggi Bario dan kebudayaan terdapat di sini,” katanya.

Pada majlis tersebut, Uggah telah mengumumka­n sumbangan berjumlah RM70,000 kepada Persatuan Rurum Kelabit merangkumi sumbangan daripada beliau (RM35,000), Talib (RM10,000), Dr Rundi ( RM10,000), Gerawat ( RM10,000) dan Sharifah Hasidah (RM5,000).

Turut diumumkan sumbangan sebanyak RM400,000 untuk projek naik taraf dua gereja di Bario.

 ??  ?? SIMBOLIK: Uggah melakukan simbolik perasmian Pesta Nukenen 2017.
SIMBOLIK: Uggah melakukan simbolik perasmian Pesta Nukenen 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia