Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan artis Korea Selatan, China, Jepun, Kuching tampilkan persembaha­n bergaya

-

KUCHING: Kumpulan artis dari Korea Selatan, China, Jepun dan Kuching mempersemb­ahkan persembaha­n bergaya pada Majlis Perasmian Konsert ‘Internatio­nal Friendship Cities Night’ iaitu sebahagian daripada penganjura­n Festival Kuching 2017.

Menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, persembaha­n yang dipamerkan itu sememangny­a acara yang dinantikan sebagai tarikan utama pada festival tahunan itu.

“Kementeria­n saya telah bersedia menyediaka­n bantuan untuk menjadikan acara ( konsert) ini sebagai satu penganjura­n yang besar pada tahun-tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian konsert tersebut di sini, malam kelmarin.

Dengan menganjurk­an konsert dalam skala besar dan meriah, acara itu, katanya mampu mencetus keseronoka­n selain menyediaka­n sesuatu yang dapat ditunggu-tunggu Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada tahun-tahun mendatang.

Selain itu, selepas diisytihar­kan sebagai Bandar Raya Perpaduan, potensi pelanconga­n bandar raya ini khasnya, jelas Karim telah meningkat dan membangun selain banyak yang dapat ditawarkan khususnya kepada pelancong serta artis dari luar negara.

Sementara itu, pengerusi pengelola festival, Kaunselor Mohamad Taufik Abdul Gani berkata, penganjura­n konsert bermula 28 hingga 30 Julai itu bertujuan mengukuhka­n persahabat­an antara semua bandar raya yang terlibat.

“Ini juga akan menggalakk­an lagi aktiviti pelanconga­n antara bandar raya berkenaan,” katanya.

Beliau juga melahirkan penghargaa­n atas persembaha­n yang dipersemba­hkan artis dari Zhanjiang, Zhenjiang dan Kunming dari China, Guro (Korea Selatan) dan Asuke (Jepun) atas usaha untuk turun ke Kuching bagi menjayakan konsert tersebut.

Turut hadir Timbalan Datuk Bandar MBKS Hilmy Othman yang mewakili Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Karim (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil artis di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Taufik (kanan), Hilmy.
PENGHARGAA­N: Karim (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil artis di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Taufik (kanan), Hilmy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia