Utusan Borneo (Sarawak)

Smart Reader Kids akan terus ditubuh di Malaysia Timur

-

KUCHING: Penyedia program prasekolah, Smart Reader Worldwide akan terus menubuhkan pusat Smart Reader Kids di Malaysia Timur bagi mencapai visi dan misinya iaitu menyediaka­n pengalaman pendidikan yang berkualiti kepada kanakkanak.

Justeru, Pengarah Eksekutif Smart Reader Worldwide Sdn Bhd Keefe Ong Kin Fye berkata sebanyak 10 pusat baharu telah ditubuhkan pada tahun lepas, menjadikan terdapat lebih 30 pusat Smart Reader Kids di Sarawak dan Sabah setakat ini.

“Malaysia Timur adalah antara bahagian penting bagi kami. Dengan lebih 30 pusat Smart Reader Kids di seluruh Sarawak dan Sabah, kami percaya pendidikan adalah kunci kepada pembanguna­n mana-mana komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Semula Mandarin Smart Reader Worldwide yang disempur- nakan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Datuk Fatimah Abdullah di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Keefe menjelaska­n bahawa Smart Reader Worldwide amat komited untuk mengubah potensi setiap kanakkanak ke arah pencapaian terbaik.

Katanya Smart Reader Worldwide sentiasa berusaha menyediaka­n pengalaman pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak, mengawasi perkembang­an fizikal, kognitif, emosi dan sosial mereka secara keseluruha­nnya.

“Kami mahu setiap kanakkanak tanpa mengira status kaum, kepercayaa­n atau sosial mencapai potensi mereka dalam kehidupan.

“Kami berhasrat untuk memupuk pemimpin hari esok untuk menjadi kreatif, produktif dan fasih dalam pelbagai bahasa,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Keefe (kiri) bergambar selepas menyampaik­an cenderamat­a kepada Fatimah. Turut kelihatan tetamu kehormat lain.
KENANGAN: Keefe (kiri) bergambar selepas menyampaik­an cenderamat­a kepada Fatimah. Turut kelihatan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia