Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa harus galak anak belajar bahasa Mandarin

-

KUCHING: Ibu bapa harus menggalakk­an anak- anak belajar bahasa Mandarin, sebagai antara cara untuk meningkatk­an kemahiran mereka.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata dengan menguasai bahasa tersebut, ia pasti akan membawa kebaikan kepada masa depan anak-anak mereka.

“Mampu bertutur bahasa lain seperti Mandarin selain bahasa ibunda boleh membawa banyak faedah terutama di tempat kerja pada era globalisas­i masa kini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Semula Mandarin Smart Reader Worldwide dan Hari Penghargaa­n Ibu Bapa di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Menurut Fatimah, pembelajan bahasa Mandarin telah menjadi trend di seluruh dunia pada masa kini.

Katanya seperti banyak negara lain di Kesatuan Eropah dan Afrika, Malaysia juga menggalakk­an bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga di sekolah, selain bahasa Melayu dan Inggeris.

Jelas beliau, sebab kerajaan memilih bahasa Mandarin adalah kerana ia seperti bahasa Inggeris, yang telah menjadi bahasa antarabang­sa.

“Bahasa Mandarin adalah yang paling banyak ditutur- kan di dunia dan faedahnya jauh lebih besar berbanding bahasa lain.

“Untuk itu, Mandarin dianggap sebagai bahasa yang paling penting pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Fatimah memuji langkah Smart Reader Worldwide Sdn Bhd kerana telah menyediaka­n Program Mandarin Pintar untuk memenuhi keperluan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, di samping program utamanya.

Smart Reader Worldwide Sdn Bhd merupakan penyedia program prasekolah dengan 300 pusat Smart Reader Kids di negara ini dan terdapat 150 pusat di Filipina, China, Thailand, Brunei, Medan Indonesia, Australia, Timur Tengah, Jordan, Abu Dhabi dan Emiriah Arab Bersatu.

 ??  ?? PELANCARAN: Fatimah bersama tetamu kehormat lain melakukan simbolik pelancaran semula Mandarin Smart Reader Worldwide di Kuching, semalam.
PELANCARAN: Fatimah bersama tetamu kehormat lain melakukan simbolik pelancaran semula Mandarin Smart Reader Worldwide di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia