Utusan Borneo (Sarawak)

Kemalangan pekerja meningkat 6% pada 2016

Sebanyak 66,618 kes dilaporkan pada 2016 berbanding 62,837 kes pada tahun 2015, kata Lee

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Laporan interim Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) menunjukka­n peningkata­n enam peratus dalam bilangan kemalangan melibatkan pekerja pada tahun lepas, di mana 66,618 kes dilaporkan berbanding 62,837 kes pada tahun 2015.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Kebangsaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye menegaskan bahawa majikan harus menjadikan amalan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan ( OSH) sebagai sebahagian daripada pengurusan perniagaan dan menganggap pekerja sebagai aset yang paling penting dalam organisasi mereka.

“Ini penting kerana laporan interim PERKESO menunjukka­n berlaku peningkata­n enam peratus dalam bilangan kemalangan yang melibatkan pekerja pada 2016.

“Jumlah kemalangan yang dilaporkan kepada PERKESO adalah 59,897 kes pada 2011, 61,552 kes pada 2012, 63,557 kes pada 2013 dan 63,331 kes pada 2014,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, semalam.

Berdasarka­n statistik PERKESO itu, Lee berkata daripada 35,304 jumlah kes yang dilaporkan pada tahun lepas melibatkan kemalangan industri, manakala selebihnya iaitu 31,314 kes adalah kemalangan semasa dalam perjalanan (ke tempat kerja atau semasa waktu kerja).

Berbanding 2015, beliau melihat bilangan kemalangan industri dan kemalangan perjalanan pada tahun lepas (2016) masing-masing meningkat tiga peratus dan 10 peratus.

Beliau menambah, kadar kemalangan industri bagi setiap 1,000 pekerja sedikit meningkat kepada 2.88 peratus tahun lepas berbanding 2.81 peratus pada 2015.

Manakala pada 2006, kadarnya ialah 4.77 peratus kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja.

Beliau berkata sebagai aset yang paling penting dalam sesebuah organisasi, pekerja harus dilindungi dari segi kesihatan dan keselamata­n mereka serta dipupuk untuk kekal produktif.

“Mana-mana pihak pengurusan harus mengambil langkah segera dan melihat dengan lebih jelas aset mereka serta secara aktif menunjukka­n betapa mereka menghargai pekerja mereka dengan polisi OSH yang bertanggun­gjawab untuk membantu mencegah kemalangan,” katanya.

Di samping itu, Lee menegaskan bahawa ramai yang tidak menyedari betapa pentingnya peranan OSH sehingga kemalangan, kecederaan atau kematian berlaku.

Terdapat industri yang tidak mahu melabur dalam aspek keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja atas faktor kos.

“Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa jika kemalangan atau kematian berlaku, kos yang mereka tanggung akan menjadi lebih tinggi,” katanya.

Oleh itu, Lee berkata industri, terutama industri kecil dan sederhana mesti mengamalka­n budaya keselamata­n kerja dan melakukan lebih banyak usaha untuk mencegah atau meminimumk­an kemalangan industri melalui amalan OSH.

“Latihan OSH untuk pekerja mesti dilihat sebagai pelaburan dan bukan perbelanja­an.

“Dalam isu ekonomi global, OSH adalah antara penentu utama kepada daya saing syarikat melalui peningkata­n produktivi­ti dan kecekapan,” katanya.

Justeru, beliau berkata pemerhatia­n dan bukti menunjukka­n bahawa peningkata­n dalam produktivi­ti dan keselesaan persekitar­an tempat kerja hanya berlaku selepas budaya keselamata­n kerja diterima pakai.

Ini penting kerana laporan interim PERKESO menunjukka­n berlaku peningkata­n enam peratus dalam bilangan kemalangan yang melibatkan pekerja pada 2016. Tan Sri Lee Lam Thye Pengerusi NIOSH

 ??  ?? TAHNIAH: Clarence (dua kanan) menyerahka­n Piala Cabaran Rijeng kepada pasukan guru pelatih yang menang.
TAHNIAH: Clarence (dua kanan) menyerahka­n Piala Cabaran Rijeng kepada pasukan guru pelatih yang menang.
 ??  ?? LEE LAM THYE
LEE LAM THYE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia