Utusan Borneo (Sarawak)

Perarakan Bandar Raya Kuching tawar hadiah keseluruha­n berjumlah RM28,000

-

KUCHING: Perarakan Bandar Raya Kuching (Kuching City Street Parade) bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagai­an’, menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM28,000 sempena sambutan Hari Bandar Raya Kuching Ke-29 pada 12 Ogos depan.

Anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bermula jam 6 petang di hadapan Hotel Hilton di sini, ia dijangka akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan isteri, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang serta Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Program itu diadakan bertujuan meningkatk­an industri pelanconga­n bandar raya ini yang merupakan salah satu destinasi pelanconga­n diminati untuk dilawati di Ma- laysia oleh pelancong dalam mahupun luar negara.

Selain itu, program tersebut bertujuan memupuk semangat perpaduan di kalangan warga kota melalui penglibata­n bersama melalui penganjura­n Kuching City Street Parade dan ia amat bersesuaia­n dengan ikon Kuching sebagai

Bandar Raya Perpaduan yang pertama di Malaysia. Bagi kategori Perarakan Jalanan yang terbuka kepada Agensi Kerajaan/ Swasta, Badan Bukan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta, pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang RM5,000 serta trofi, tempat kedua mendapat RM3,000 serta trofi dan tempat ketiga RM2,000 serta trofi.

Manakala untuk Junior Open (Sekolah Sahaja), peme- nang tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM4,000, RM3,000 dan RM2,000, semua berserta trofi.

Bagi kumpulan pancaragam, wang tunai RM4,000, RM3,000, RM2,000, juga semua berserta trofi, masing-masing dibawa balik oleh pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Perarakan kali ini turut menampilka­n kelainan apa- bila DBKU buat julung kalinya mengetenga­hkan kategori baharu iaitu Perarakan Kenderaan Motor Berhias. Hadiah sebanyak RM2,000 akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, tempat kedua (RM1,000) dan tempat ketiga (RM500), semua berserta trofi, bagi kategori beca, basikal dan motosikal.

Borang penyertaan boleh didapati di Kaunter Informasi DBKU di Lobi DBKU, Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol, Kuching atau dengan melayari laman web rasmi DBKU iaitu http://www. dbku. sarawak. gov. my dan yuran penyertaan bagi setiap kategori adalah sebanyak RM120 sahaja.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai seranta Fleming Michael di talian 012776 0911 atau Naimah Ghazali di talian 011-2511 2720.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia