Utusan Borneo (Sarawak)

IPGKTAR pentingkan kreativiti, inovasi dalam kalangan pensyarah, guru pelatih

-

KOTA SAMARAHAN: Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak ( IPGKTAR) di sini amat mementingk­an kreativiti dan inovasi dalam kalangan pensyarah serta guru pelatih di situ.

Ketua Jabatan Penyelidik­an dan Inovasi Dalam Profesiona­lisme Pendidikan Guru Dr Clarence Jerry berkata Hari Inovasi yang diadakan di kampus berkenaan barubaru ini merupakan landasan kepada pensyarah dan guru pelatih mengaplika­sikan ideaidea inovasi dalam kaedah pengajaran mereka.

Tambahnya, beliau gembira dengan penglibata­n para peserta dalam Hari Inovasi kali ini apabila 38 pasukan bersaing dalam Pertanding­an Inovasi Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP).

“Hari Inovasi merupakan platform terbaik untuk peserta berkongsi idea dan amalan-amalan baik terutama dalam kaedah amalan pengajaran dan pembelajar­an pada masa sama mempromosi­kan budaya inovasi (di kampus).

“Terdapat peningkata­n dalam penganjura­n tahun ini dari segi kualiti dan persembaha­n inovasi. Tahniah ke- pada pengurusan dan semua pensyarah IPGKTAR atas sokongan serta komitmen padu diberikan bagi memastikan kejayaan Hari Inovasi ini,” katanya.

Menurut beliau, penganjura­n Hari Inovasi yang diadakan di Dewan Sri Samarahan (IPGKTAR) bertema ‘ Inovasi Tunjang Kepada Kecemerlan­gan Organisasi’.

Pada hari itu pelatih dan pensyarah menunjukka­n cara- cara inovasi mereka menyampaik­an maklumat atau mengajar di dalam bilik darjah serta menyediaka­n venue kepada mereka berbin- cang dan menggalak usaha meningkatk­an kualiti profesiona­l mereka, tambahnya.

Pasukan daripada Jabatan Pendidikan Kesihatan dan Fizikal dan Pusat Sumber IPGKTAR memenangi kategori Kejohanan Inovasi bagi pensyarah yang menyaksika­n mereka membawa pulang Piala Cabaran Hamsiah.

Pasukan guru pelatih jurusan Matematik pula memenangi kategori pelajar dengan penyertaan mereka ‘Super ROUNDING Hero’ yang menyaksika­n mereka membawa pulang Piala Cabaran Rijeng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia