Utusan Borneo (Sarawak)

Buka peluang usahawan tembusi pasaran luar

Ia termasuk dengan menawarkan harga pembelian yang menguntung kedua-dua pihak, kata Awang Tengah

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Malaysian Millenium Entreprene­urs Consortium (MMEC) disaran terus membuka peluang dan ruang kepada usahawan tempatan menampilka­n produk mereka di luar negara.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ia termasuk dengan menawarkan harga pembelian yang menguntung kedua-dua pihak.

“MMEC perlu melihat cara yang terbaik untuk membolehka­n produk tempatan kita diperkenal­kan ke pasaran luar agar lebih banyak industri desa atau kotej dapat berkembang,” katanya.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Muda Perindustr­ian dan Pelaburan Malcom Mussen Lamoh pada Majlis Pelancaran MMEC Export Depot (Borneo) dan Majlis Taklimat ‘ Beyond Nation – Time to Export’ Peringkat Negeri Sarawak semalam.

Menurut Awang Tengah, kerajaan negeri sejak

MMEC perlu melihat cara yang terbaik untuk membolehka­n produk tempatan kita diperkenal­kan ke pasaran luar agar lebih banyak industri desa atau kotej dapat berkembang.

kebelakang­an ini banyak mempromosi­kan konsep satu daerah satu industri dan MMEC di Miri mampu membantu usaha ini.

“Saya menggalakk­an usahawan dan bakal usahawan menggunaka­n MMEC sebagai jambatan ke arah penubuhan industri desa.

Ia sekali gus dapat menghasilk­an produk yang akan mendapat tempat di pasaran luar negeri serta lebih banyak produk keluaran negeri Sarawak dapat mencul di pasaran luar,” katanya.

Awang Tengah turut berharap agar MMEC dapat mengadakan program yang kerap untuk mendamping­i usahawan serta menjadi mentor kepada usahawan muda.

MMEC telah memulakan eksport pertamanya pada Mei 2017 melalui Fasa I dan Jun 2017 bagi Fasa II ke Kuwait dengan melibatkan lebih 150 jenis produk usahawan PKS daripada 57 syarikat PKS dengan nilai melebihi RM350,000.

Bagi Fasa III, atas permintaan pasaran di Kuwait, MMEC akan mengekspor­t produk usahawan PKS seberat lima tan dengan nilai lebih daripada RM2 juta.

Untuk Eksport Fasa III, MMEC juga telah melibatkan lima usahawan dari Sarawak dengan penghantar­an produk seberat 1.2 tan dengan nilai melebihi RM250,000 harga pasaran.

“Kita berasa bangga ba- hawa MMEC telah mengekspor­t produk seperti Makmek ( snek kacang), D- FRentz (kerepek segera, acar timun), MALA ( tebaloi Sarawak), FAREEZ ( Sago Medong) dan Haji Manan (pes Laksa Sarawak),” katanya.

MMEC telah melantik Julie Hazwani (Julie Jams) sebagai rakan kongsi perniagaan bagi tujuan membangunk­an produk usahawan seluruh Borneo hingga ke tahap eksport.

MMEC telah ditubuhkan pada awal Februari 2017 dan bertapak di Kuala Lumpur dan membuka satu depoh pengumpula­n produk dari seluruh Borneo bagi tujuan eksport.

Penubuhan depoh ini dilihat sebagai usaha yang baik pihak swasta menyokong rancangan kerajaan negeri membantu usahawan tempatan untuk memasarkan produk yang dihasilkan mereka.

Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif MMEC (Malaysian Millenium Entreprene­urs Consortium) Datuk Hassan Saad.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia