Utusan Borneo (Sarawak)

K1M perlu bantu tangkis fitnah, hasutan dan isu perkauman

-

BINTULU: Komuniti 1Malaysia ( K1M) perlu berperanan penting bergerak membantu menangkis sebarang fitnah, hasutan dan isu perkauman dibangkitk­an pihak tidak bertanggun­gjawab.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata K1M berperanan menangkis isu berbangkit yang boleh mewujudkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat, justeru harus menyampaik­an maklumat tepat kepada komuniti.

Katanya penyebaran pelbagai maklumat dalam media sosial bukan perkara baharu dan bukan isu lapuk dibincangk­an namun komuniti perlu menilai kesahihan maklumat yang diterima.

“K1M perlu bergerak secara lebih terancang membudayak­an amalan tempatan supaya dapat menjadi contoh kepada generasi baharu,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Pegawai Peribadiny­a Azman Abdul Rahman pada Program Negaraku @ Komuniti Peringkat K1M Sebezau di sini petang kelmarin.

Beliau berkata, dengan lebih 30 kaum di Sarawak kita kagum perpaduan terus terpelihar­a sehingga ramai penduduk dunia ingin meng- etahui formula pemimpin negeri dan negara ini menyatukan semua kaum.

“Persoalan ini hanya dapat dijawab rakyat Malaysia mengenai aspek perpaduan diamalkan dan menjadi tulang belakang kepada keharmonia­n,” katanya.

Menurutnya, dengan keamanan dinikmati rakyat patut bersyukur hidup di bumi ini dengan mengetepik­an sebarang perbezaan.

Jelasnya, semangat Negaraku melahirkan sifat-sifat terbaik dalam masyarakat tanpa mengira kaum dan ideologi.

“Pemimpin Malaysia melalui K1M sebagai sebuah gerakan sukarelawa­n di bawah seliaan Jabatan Penerangan Malaysia kini berjumlah 1,500 buah di seluruh negara.

“Dengan enam bidang utama iaitu Rakan Padu, Rakan Usahawan, Rakan IT (Teknologi Maklumat), Rakan Budaya, Rakan Harmoni dan Rakan Sukarelawa­n menjadikan K1M bergerak lebih terancang, sepakat dan bertoleran­si kepada generasi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi K1M Sebezau Ali Sabri Saber Ali Khan berkata program itu meskipun pada skala kecil tetapi bermakna besar untuk menyatukan penduduk setempat.

“Program ini dijenamaka­n semula untuk memberi makna dan mampu menarik minat penduduk terlibat dan menyertai aktiviti diadakan demi kemajuan dan perpaduan,” katanya.

Antara aktiviti diadakan ialah ceramah patriotism­e mengupas ‘ Penghayata­n Rukun Negara’ oleh Rosnani Mohdar daripada Jabatan Penerangan Malaysia Bintulu dan ‘ Menangani Masalah Stres’ oleh Jurupulih Perubatan Carakerja Jabatan Kesihatan Bahagian Bintulu Medeline Susie Sumping yang menekankan kepada penjagaan kesihatan mental.

Aktiviti lain ialah pertanding­an karaoke, busana tradisiona­l kanak-kanak dan dewasa, cabutan bertuah dan sebagainya.

Turut hadir Penyelaras K1M Sebezau Rosnani Mohdar, Temenggung Abang Suhaili Abang Mohamad, Pemanca Rosli Kamaruddin, Penghulu Mahli Hamzah, Ketua Kaum Kampung Baru Tengah Derahman Kipli Sisi, Ketua Kaum Kampung Baru Laut Sikong Lusek, Ketua Kaum Kampung Baru Darat Abdul Rahim Assan dan Ketua Kaum Kampung Kemunting Abdul Kassim Hamzah.

 ??  ?? LUAS PASARAN: Malcom (lima kanan) dan Hassan (enam kanan) masing-masing menunjukka­n produk tempatan yang bakal menembusi pasaran luar negara.
LUAS PASARAN: Malcom (lima kanan) dan Hassan (enam kanan) masing-masing menunjukka­n produk tempatan yang bakal menembusi pasaran luar negara.
 ??  ?? RASMI: Azman memukul gong merasmikan Program Negaraku @ Komuniti Peringkat K1M Sebezau sambil disaksikan yang lain.
RASMI: Azman memukul gong merasmikan Program Negaraku @ Komuniti Peringkat K1M Sebezau sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia