Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan suntik dana RM500,000 bina Gereja Anglikan St Margaret

-

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak menyuntik dana berjumlah RM500,000 untuk membantu membina projek cadangan Gereja Anglikan St Margaret di sini.

Sumbangan dana itu diumumkan Pengarah Unit Hal Ehwal Bukan Islam Sarawak Datu Dr Ngenang Janggu mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam satu majlis makan malam amal di Thian Court, Crown Square di sini malam kelmarin (Sabtu).

Dana itu diserahkan kepada pengerusi pengajur majlis Rev Kamor Diah di hadapan Biskhop Datuk Bolly Lapok dan kira-kira 1,000 tetamu lain.

Diminta mengulas mengenai projek cadangan gereja berkenaan, Kamor berkata jawatankua­sa bangunan masih kekurangan RM2.6 juta untuk menyiapkan bangunan gereja berkenaan yang dianggarka­n bernilai RM3.6 juta.

Gereja itu apabila siap ke- lak mampu menampung 600 hingga 800 jemaah pada satusatu masa dan akan dibina berdekatan dewan masyarakat di Kampung Stampin di sini, tambahnya.

Sehubungan itu katanya, jawatankua­sa gereja akan memperheba­tkan lagi kempen mengumpul dana dalam beberapa bulan akan datang seperti Jualan Amal Paroki pada Oktober diikuti ‘Brickathon’.

Majlis itu merupakan majlis perpisahan untuk Biskop Bolly yang bakal bersara.

Sementara itu Ngenang ketika berucap berkata Unit Hal Ehwal Bukan Islam Sarawak merupakan idea bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Ia bertujuan menilai serta membentuk dasar- dasar berkaitan hal ehwal keagamaan selain Islam, membiayai projek-projek pembinaan bangunan khasnya rumah ibadat dan mengkaji konflik serta membantu kerajaan menyelesai­kan isu-isu berkaitan.

“Unit ini beroperasi secara rasmi pada April tahun ini dan saya merupakan pengarah yang pertama dilantik.

“Kerajaan telah memperuntu­kkan RM15 juta kepada unit ini bagi membantu komuniti agama selain Islam membiayai projek rumah ibadat baharu,” jelasnya.

 ??  ?? PELAJARI BUDAYA: Mabong (tengah) merakam kenangan bersama peserta kelas ‘tangu’ ASADIA yang sedang berlangsun­g di Ibu Pejabat SADIA, Kota Sentosa dekat Kuching.
PELAJARI BUDAYA: Mabong (tengah) merakam kenangan bersama peserta kelas ‘tangu’ ASADIA yang sedang berlangsun­g di Ibu Pejabat SADIA, Kota Sentosa dekat Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia