Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan Bario perintis kawasan sifar sampah

Ia dapat dilaksana dengan pengenalan sistem Bokashi atau proses penapaian kepada penduduk kawasan berkenaan

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

BARIO: Majlis Bandaraya Miri ( MBM) menyasar untuk menjadikan Bario perintis kawasan sifar sampah di daerah pentadbira­nnya.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata ini dapat dilaksanak­an dengan pengenalan sistem Bokashi atau proses penapaian kepada penduduk kawasan berkenaan.

“MBM akan membekalka­n kit Bokashi kepada penduduk sekitar dan mereka diberi pendedahan bagaimana untuk melaksanak­an kaedah tersebut.

“Saya percaya penduduk di sini akan memberi sokongan sepenuhnya dalam pengenalan MBM bagi pengurusan sampah harian cara baharu tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kit Bokashi kepada ketua kampung di sini, barubaru ini.

Adam percaya inisiatif itu bakal terlaksana dengan jayanya sekali gus dapat mempromosi­kan sektor pelanconga­n di kawasan ini.

“Program tanpa sampah merupakan suatu isu yang amat menarik untuk diketegahk­an kepada khalayak dunia dan jika ia berjaya dilaksanak­an mampu membawa masyarakat luar untuk datang ke Bario dan melihat sendiri hasilnya kelak,” katanya.

MBM akan membekalka­n kit Bokashi kepada penduduk sekitar dan mereka diberi pendedahan bagaimana untuk melaksanak­an kaedah tersebut. Adam Yii Datuk Bandar Miri

Sementara itu, Presiden Rurum Kelabit Sarawak Dr Philip Raja berkata beliau menyokong usaha MBM membawa kit Bokashi dan menyerahka­n kepada pen- duduk kampung di sini agar isu pengurusan sampah di sini dapat diselesaik­an dengan cara semula jadi.

“Alat ini begitu sesuai digunakan oleh kita di sini kerana ia mampu menjadikan sisa-sisa makanan bertukar menjadi baja bagi kegunaan harian kelak.

“Masyarakat di sini perlu ada kesedaran untuk memastikan Bario sentiasa bersih dan tidak berlaku pencemaran pada tanah dan sungai,” katanya.

Pada majlis tersebut, Adam telah menyampaik­an lima tong kompos yang merupakan kit Bokashi kepada lima ketua kampung sekitar Bario.

 ??  ?? PENYERAHAN: Lima kampung menerima kit Bokashi yang disediakan oleh MBM.
PENYERAHAN: Lima kampung menerima kit Bokashi yang disediakan oleh MBM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia