Utusan Borneo (Sarawak)

ASADIA buka kelas membuat ‘tangu’ menggunaka­n manik

-

KUCHING: ‘Marek empang’ atau ‘tangu’ yang merupakan aksesori penting untuk pakaian tradisiona­l wanita Iban semakin popular pada masa kini.

Jika dahulu ia hanya digayakan oleh wanita Iban pada majlis-majlis tertentu, namun kini ‘tangu’ turut digayakan secara meluas untuk penampilan lebih cantik.

Namun bukan mudah untuk menghasilk­an ‘tangu’ yang cantik dengan seni kerja yang halus serta mengekalka­n ciri-ciri tradisi yang diwarisi turun-menurun.

Atas sebab itu, Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak ( ASADIA) telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas mem- buat ‘tangu’ menggunaka­n manik.

Menurut Ketua ASADIA Mabong Unggang kelas ‘tangu’ ini merupakan salah satu daripada aktiviti akademi dalam usaha memelihara seni warisan budaya masyarakat Dayak Iban.

Selain ‘tangu’, peserta yang menyertai kelas ini turut diajar cara- cara membuat aksesori lain daripada manik moden seperti tali leher dan selendang manik atau selampai.

“Tujuan ASADIA mengadakan kelas ‘ tangu’ ini adalah untuk meningkatk­an kemahiran serta kecekapan para peserta dalam membuat ‘tangu’ atau produk manik yang lain.

“Kita berharap ilmu yang dipelajari daripada kelas ini akan dapat membantu mereka menghasilk­an produk yang dapat menjana pendapatan untuk mereka,” kata Mabong.

Mabong turut berharap lebih ramai peserta akan menyertai kelas ini pada penganjura­n akan datang.

Kerjasama serta sokongan daripada masyarakat Dayak katanya, amat penting dalam usaha akademi memelihara dan memartabat­kan lagi seni ini.

Dalam pada itu, kelas ‘tangu’ ini berlangsun­g di Ibu Pejabat SADIA di Kota Sentosa dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Mabong di talian 012-6925562.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia