Utusan Borneo (Sarawak)

107 orang menderma darah di Delta Mall

-

SIBU: Cuti hujung minggu harusnya untuk merehatkan diri dan bersama keluarga namun dimanfaat sepenuhnya oleh 107 penderma dengan menderma darah untuk menyelamat­kan nyawa orang lain.

Saramai 147 orang telah tampil untuk menderma darah dalam Kempen Derma Darah yang diadakan di pusat bel-belah Delta Mall di sini, semalam.

“Daripada jumlah keseluruha­n itu, hanya 107 layak menderma,” kata Penolong Pegawai Bank Darah Sibu Lily Sinta.

Kempen itu dijalankan Sibu Life Care Society dengan kerjasama Bank Darah Sibu, Kwong Wai Siew Sibu, Kieng Huat Hin dan Max Power Sales & Marketing Co.

Lily turut sempat meluahkan rasa lega dan gembira kerana ramai yang tampil menderma darah pada kempen yang diadakan semalam.

Katanya dengan sambutan menggalakk­an itu, beliau percaya stok simpanan darah mereka kecuali jenis B+, mencukupi.

Lily sedar bahawa dengan begitu banyak kempen diadakan sehingga semalam, mereka berada pada tahap selamat untuk semua jenis darah kecuali B +.

“Kami masih perlu mendapatka­n lebih banyak penderma B+ untuk keperluan bank darah kami,” katanya.

Di samping itu, orang ramai juga boleh mengikuti Kempen Derma Darah pada masa akan datang iaitu di Lembaga Air Sibu (3 Ogos), SMK Tung Hua (5 Ogos), Gereja Methodist Shiuan Daw (6 Ogos), Persatuan Hakka (Belia) (6 Ogos) Kesatuan Pekerja SESCo ( 8 Ogos), Persatuan Lau (12 Ogos), Katedral Sacred Heart (13 Ogos), Gereja Methodist Sing (13 Ogos), Persatuan Foochow (20 Ogos), Lions Club Sibu Jaya (20 Ogos) Persatuan Wartawan Sibu (26 Ogos), Sibu Life Care Society (27 Ogos) dan Persatuan Limbungan Kapal Sibu (31 Ogos).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia