Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Bumiputera di Batu Kawa harus bersaing untuk maju

-

KUCHING: Masyarakat Bumiputera khususnya di Batu Kawa harus bersaing untuk maju seiring dengan kaum lain.

Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan ( MPP) Datuk Ahmad Ibrahim berkata walaupun merupakan golongan minoriti di Batu Kawa, kaum Bumiputera perlu tegak bersama masyarakat lain dengan asas-asas pembentuka­n masyarakat.

“Kita sepatutnya mempunyai kehendak dan citacita bersama iaitu keluar daripada kepompong dan bersaing dengan masyarakat lain yang lebih maju daripada kita.

“Malah, masyarakat Bumiputera juga harus merebut peluang yang wujud daripada pembanguna­n dan menekankan betapa pentingnya pendidikan,” katanya.

Ahmad yang juga ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawa berkata demikian pada Majlis RamahTamah Aidilfitri PBB Batu Kawa di sebuah hotel terkemuka di sini, barubaru ini.

Turut hadir Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai.

Selain itu, beliau turut menekankan agar masyarakat Bumiputera mengutamak­an pendidikan kerana hanya dengan itu akan dapat mengubah nasib serta masa depan mereka.

“Kita mesti perkasakan minda dengan ilmu yang dapat mempertegu­hkan kita semua.

“Mencari ilmu dari peringkat rendah hingga ke menara gading juga merupakan satu persaingan.

“Oleh itu, kita tidak harus lupa tentang pentingnya mendapat pendidikan yang baik,” katanya.

Semalam program pemvaksina­n anjing diadakan di kawasan Kampung Semeba Kuching dan Kampung Rayang Serian. Jurucakap JPBN

adalah dari Bandar Baharu Samariang, Kampung Atas Singai, Kampung Mundai (Padawan), Kampung Rantau Panjang (Batu Kawa), Uni Garden, Kampung Peninjau Baru, Semariang Aman, Family Park, Xafa Villa dan Kampung Segedup. kawasan wabak rabies, JPVS di bawah Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 membenarka­n pembelian vaksin rabies yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dari luar negeri Sarawak oleh pengamal veterinar swasta yang sah.

“Semalam program pemvaksina­n anjing diadakan di kawasan Kampung Semeba Kuching dan Kampung Rayang Serian.

“Secara keseluruha­nnya pemvaksina­n dilakukan ke atas 129 anjing menjadikan jumlah haiwan itu yang telah divaksin sehingga semalam ialah 22,584 iaitu 14,944 anjing, 7,595 kucing dan 45 haiwan lain,” jelas jurucakap JPBN.

Jabatan Kesihatan Negeri ( JKN) Sarawak juga memaklumka­n sebanyak 61 kes gigitan baharu dilaporkan semalam iaitu 19 di Serian, Sri Aman dan Kuching masing-masing 21.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing berlaku mulai 1 April hingga semalam ialah 1,221 kes dan seramai 691 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia