Utusan Borneo (Sarawak)

Lima titik panas di kawasan utara Sarawak berjaya dikawal

-

KUCHING: Lima titik panas yang dikesan di kawasan utara Sarawak beberapa hari lalu berjaya dikawal serta dipadamkan sebelum ia terus merebak.

Menjelaska­n perkara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kesemua titik panas itu berada di kawasan Miri dan pedalaman bahagian tersebut.

“Sekarang musim kering dan kita telah mengesan lima ‘hotspot’ di kawasan Miri sehingga ke kawasan pedalamann­ya tetapi ia telah berjaya dipadam dalam masa satu hari.

“Kalau kita lihat, keadaan di Miri agak berlainan daripada kawasan-kawasan lain di negeri ini kerana ia mempunyai tanah yang kering dan minyak yang keluar dari permukaan bumi itu boleh menggalakk­an lagi kebakaran khususnya di jalan sepanjang nak ke Brunei Darussalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Doa Selamat dan Kesyuku- ran Bakal Jemaah Parlimen Santubong dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai di Masjid Darul Hana di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai keadaan musim kering yang sedang berlaku di seluruh negara ketika ini, jelas Ahli Parlimen Santubong itu, ia bagaimanap­un harus dikawal terutama bagi mengelakka­n berlakunya kebakaran-kebakaran yang boleh mengakibat­kan jerebu tempatan.

“Saya sering mengingatk­an semua masyarakat terutama pemilik tanah, individu mahupun syarikat agar tidak melakukan pembakaran terbuka.

“Ini bukan sahaja boleh menyebabka­n kebakaran itu menjadi teruk, bahkan memberi kesan negatif kepada masyarakat lain seperti jerebu tempatan, ini harus dielakkan,” jelasnya.

Mengulas perkembang­an terkini mengenai kebakaran yang berlaku di luar negara iaitu di Aceh serta seluruh kawasan Sumatera, Wan Junaidi berkata, masih terdapat kebakaran dilapor- kan di negara itu, tetapi kebakaran yang berlaku itu berada pada tahap tidak membimbang­kan kerana bertaburan.

Beliau juga menyatakan keyakinan dalam keadaan sedemikian kebakaran di Aceh dan Sumatera tidak akan sampai ke negeri ini.

“Begitu juga kebakaran yang berlaku di Kalimantan Barat, Tengah dan Utara juga tidak teruk, tetapi apa yang kita bimbang ialah kebakaran kalau ia berdekatan dengan sempadan Sarawak.

“Kalau kebakaran ini berlaku di sempadan Sarawak, kemungkina­n dalam keadaan angin yang bertiup dari selatan dan utara seperti masa sekarang, asap berkemungk­inan akan dibawa sehingga ke sini (Sarawak),” jelasnya.

Turut hadir isteri beliau, Datuk Seri Feona Wan Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar merangkap ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi serta isteri, Siti Shorgayah Zaidin dan Pemanca Rashidi Junai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia