Utusan Borneo (Sarawak)

Toh Puan Ragad sumbang RM30,000 kepada pertubuhan kebajikan

-

KUCHING: Isteri Yang diPertuaNe­geriTohPua­nDatuk Patinggi Ragad Kurdi Taib menghulurk­an sumbangan peribadi bernilai RM30,000 dalam usaha menyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan pada Majlis Penutupan Wonder Women 2017 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini semalam.

Tiga badan kebajikan yang mendapat sumbangan tersebut dengan nilai RM10,000 masing-masing adalah Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS), Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Sarawak dan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak.

Lebih daripada 750 peserta telah menyertai larian dalam dua kategori yang dipertandi­ngkan iaitu 3.5km dan 5.5km.

Ragad turut menyertai pelepasan simbolik larian 1.5km yang dijalankan bersama peserta dan ahli jawa- tankuasa Wonder Women 2017 semalam.

Sementara itu, upacara melepaskan peserta larian sejauh 5.5km telah disempurna­kan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri manakala pe- lepasan peserta larian 3.5km telah dilakukan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Kanak- Kanak Datuk Fatimah Abdullah.

Sebelum pertanding­an dimulakan pada jam 6.30 pagi, para peserta turut menyertai tarian zumba yang diketuai pasukan zumba UiTM Sarawak.

Acara tersebut turut mendapat sokongan badan korporat dan agensi seperti Serapi Garden, Sarawak Energy Berhad (SEB), Lea Centre, UiTM Sarawak, Merdeka Palace Hotel, Nestle, Indocafe dan lain-lain.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapan penutupnya berkata sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri, tema untuk tahun ini adalah ‘Wanita Sarawak Dalam Sukan’ yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) pada 26 Ogos, orang ramai dijemput datang dan memakai pakaian sukan untuk merayakan hari tersebut.

Perayaan tahunan tahun ini adalah bagi menghargai pencapaian wanita Sarawak yang telah berjaya dalam bidang sukan selama bertahun-tahun.

 ??  ?? TERIMALAH: Ragad (tengah) menyampaik­an replika cek hasil sumbangan peribadi beliau kepada salah seorang wakil penerima badan kebajikan di Kuching, semalam
TERIMALAH: Ragad (tengah) menyampaik­an replika cek hasil sumbangan peribadi beliau kepada salah seorang wakil penerima badan kebajikan di Kuching, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia