Utusan Borneo (Sarawak)

Jemaah haji diminta sentiasa doakan kesejahter­aan keluarga, tanah air

-

KUCHING: Para jemaah haji dari negeri ini khususnya, diminta sentiasa mendoakan kesejahter­aan keluarga dan tanah air ketika menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Dalam menjalani ibadah, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, para jemaah haji juga hendaklah mematuhi segala peraturan sepanjang berada di Tanah Suci.

“Tidak semua kita umat Islam bertuah menjadi tetamu Allah, dalam pada nama kita terpilih, masih ada di kalangan kita yang masih menunggu sehingga puluhan tahun untuk menunaikan haji.

“Maka jadikanlah peluang yang ada ini untuk dimanfaat sepenuhnya sehingga mendapat haji mabrur sekali gus tidak lupa untuk mendoakan kesejahter­aan negeri dan negara kita dalam doa kalian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Bakal Jemaah Parlimen Santubong dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai di Masjid Darul Hana di sini, semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Muda Elektrik Luar Bandar merangkap ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Santubong, para jemaah juga harus bersedia dalam semua aspek terutama dari segi kesihatan mental, fizikal dan rohani agar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya untuk memperbany­akkan ibadah.

Pada majlis tersebut, Wan Junaidi dan Dr Abdul Rahman berkesempa­tan menyampaik­an sumbangan peribadi kepada semua para jemaah haji yang terlibat iaitu seramai 57 jemaah haji dari DUN Pantai Damai.

Kesemua para jemaah haji dari DUN Pantai Damai ini terpilih bagi menyertai seramai 1,100 jemaah haji dari negeri ini.

Bagi negeri Sarawak, lima penerbanga­n ke Tanah Suci dijadualka­n dengan penerbanga­n pertama mula berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) pada awal pagi ini, 31 Julai ( Isnin) jam 2.20 pagi.

Penerbanga­n kedua pula dijadualka­n pada 1 Ogos, diikuti penerbanga­n ketiga pada 2 Ogos, penerbanga­n keempat pada 3 Ogos dan kemudian penerbanga­n terakhir pada 4 Ogos.

Kesemua jemaah dijadualka­n pulang ke tanah air bermula 19 September hingga 25 September.

Turut hadir isteri beliau, Datuk Seri Feona Wan Junaidi, isteri Dr Abdul Rahman, Siti Shorgayah Zaidin dan Pemanca Rashidi Junai.

 ??  ?? SELAMAT JALAN: Wan Junaidi (kiri) dan Dr Abdul Rahman ( dua kiri) berjabat tangan dengan para jemaah haji dari DUN Pantai Damai pada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Bakal Jemaah Haji Parlimen Santubong dan DUN Pantai Damai di Kuching, semalam.
SELAMAT JALAN: Wan Junaidi (kiri) dan Dr Abdul Rahman ( dua kiri) berjabat tangan dengan para jemaah haji dari DUN Pantai Damai pada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Bakal Jemaah Haji Parlimen Santubong dan DUN Pantai Damai di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia