Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia pembina jambatan etnik, perpaduan

Inilah peranan semua rakyat bukannya wira yang hanya memperjuan­gkan isu perkauman dan ekstremism­e

-

Tugas paling utama bagi setiap rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa, agama dan gabungan politik adalah mempertaha­nkan keharmonia­n kaum dan agama serta menolak semua bentuk ekstremism­e yang boleh menjejaska­n kedamaian dan keharmonia­n. Tan Sri Lee Lam Thye Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia

KUCHING: Semua rakyat Malaysia harus berperanan sebagai pembina jambatan etnik dan perpaduan, bukannya wira yang hanya memperjuan­gkan isu perkauman dan ekstremism­e, kata Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Menurutnya, sikap terpuji itu dapat menghalang rakyat Malaysia daripada terus berpecah-belah selain menjadikan negara bertambah utuh.

“Tugas paling utama bagi setiap rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa, agama dan gabungan politik adalah mempertaha­nkan keharmonia­n kaum dan agama serta menolak semua bentuk ekstremism­e yang boleh menjejaska­n kedamaian dan keharmonia­n,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Lee memberitah­u, rakyat Malaysia akan menyambut dua peristiwa penting tidak lama lagi iaitu sambutan kemerdekaa­n yang ke-60 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia ke-54 pada 16 September.

“Ia memberi kesempatan kepada rakyat Malaysia untuk menghidupk­an semula semangat patriotik selain memupuk keharmonia­n, integrasi dan perpaduan antara kaum yang merupakan asas penting bagi pembanguna­n negara berbilang bangsa yang berjaya,” katanya.

Beliau menambah, patriotism­e bukanlah untuk tontonan atau gambaran emosi bersifat sementara tetapi komitmen seumur hidup serta rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Kecintaan terhadap negara tidak seharusnya bercambah dan berkembang hanya pada bulan Ogos katanya, tetapi perlu terus kukuh di hati dan jiwa rakyat Malaysia yang bangga dengan negara mereka.

Katanya, Malaysia boleh menjadi contoh kepada dunia jika rakyatnya menghormat­i dan meraikan perbezaan antara kaum selain mengiktira­f kepelbagai­an mereka.

“Sebagai negara merdeka yang masih muda, perbezaan pendapat adalah fakta yang perlu diterima.

“Perbezaan antara kita bukan penyebab perpecahan tetapi sikap tidak mahu bertoleran­si terhadap perbezaan tersebut adalah puncanya,” katanya.

Lee percaya seseorang yang mengakui dirinya rakyat Malaysia tidak akan hilang identitiny­a sebagai orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau etnik lain dan mereka seharusnya menerima satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kita patut bangga memperkena­lkan diri kita sebagai rakyat Malaysia kerana ia mampu memupuk semangat patriotism­e dan mengeratka­n perpaduan,” katanya.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggun­gjawab dan patriotik, katanya setiap individu perlu bekerja keras untuk menjaga keamanan dan keharmonia­n serta menahan diri daripada perbuatan provokasi dan keganasan yang akan mengakibat­kan konflik dan kekacauan.

“Semua orang harus memberikan penekanan yang lebih besar kepada gagasan perpaduan dan Malaysia bersatu berdasarka­n nilai-nilai dan kebaikan yang diajar oleh semua agama dan kaum dan bukannya mengeksplo­itasi sentimen etnik,” katanya.

Menurut beliau, perpaduan dalam kepelbagai­an adalah hadiah tidak ternilai yang perlu dihargai oleh semua rakyat Malaysia dan setiap warganegar­a harus komited untuk mempromosi­kan budaya keamanan, keharmonia­n dan perpaduan.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya menyokong kempen Ekspresi Negaraku yang mempunyai matlamat utama membantu menanam semangat patriotism­e.

Lee berkata, rakyat Malaysia telah pun menyatakan rasa cinta kepada negara dalam pelbagai cara.

“Mereka yang menyertai pasukan keselamata­n sanggup mengorbank­an nyawa mereka untuk negara tercinta sementara ahli sukan membuatkan kita bangga apabila mereka memenangi pingat dalam pertanding­an antarabang­sa.

“Rakyat Malaysia juga telah menunjukka­n kasih sayang mereka kepada negara melalui pembayaran cukai yang boleh digunakan untuk membantu orang lain dan membangunk­an negara,” katanya.

Pematuhan undang- undang juga menunjukka­n kecintaan mereka terhadap negara ini, kerana ia merupakan salah satu daripada lima prinsip Rukun Negara yang suci, katanya sambil menambah, rakyat juga boleh menunjukka­n cinta mereka kepada negara dengan memperjuan­gkan isu alam sekitar dan membantu menangani masalah sosial.

“Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti seperti gotong-royong atau Rukun Tetangga untuk membantu menjaga kebersihan dan keselamata­n di kawasan masing-masing,” katanya. KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang mengadakan Kem Kimia baru-baru ini untuk membangun dan meningkatk­an minat pelajar-pelajar tiga, lima dan enam dalam mata pelajaran Kimia.

Program diadakan secara kolaborati­f dengan University of Otago, New Zealand dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang itu, dikendalik­an oleh Profesor Dave Warren bersama lima pelajar ijazah doktor falsafah ( PhD) daripada universiti berkenaan.

Ketua Bidang Sains dan Matematik SMK Muara Tuang Liew Mui Fah dalam majlis perasmian memberitah­u, kem itu mendedahka­n bahawa pengajaran dan pembelajar­an sains sangat mementingk­an penglibata­n murid secara langsung dalam penyelidik­an untuk mewujudkan suasana pembelajar­an yang kreatif dan menyeronok­kan.

Kem Kimia itu katanya, adalah sebahagian daripada Festival Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) sekolah yang dilancarka­n pada bulan Mei 2017.

“Para pelajar telah dapat mendalami ilmu mereka dalam bidang sains melalui pelbagai aktiviti yang mereka jalankan sepanjang sesi bengkel ini.

“Mereka melibatkan diri dengan aktif dan mengambil peluang keemasan ini untuk berinterak­si dengan para pelajar PhD dari Universty of Otago, New Zealand,” katanya lagi.

Banyak aktiviti menarik dijalankan sepanjang Kem Kimia itu termasuk keajaiban sains, penghasila­n cecair kristal, pertumbuha­n kristal cecair dan sebagainya.

Turut hadir, Ketua Jabatan Sains IPG Kampus Batu Lintang Yahya Sedik.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia