Utusan Borneo (Sarawak)

Belum ada keputusan cabar lanjutan tempoh khidmat Raus dan Zulkefli

-

MIRI: Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Perundanga­n Sabah ( SLS) dan Persatuan Peguam Bela Sarawak (AAS) belum mencapai keputusan muktamad untuk bergabung bagi mencabar pelanjutan tempoh perkhidmat­an Ketua Hakim Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin.

Presiden AAS Ranbir Singh ketika dihubungi memberitah­u, ketiga- tiga persatuan peguam itu sudah mengadakan mesyuarat namun belum ada keputusan yang dicapai.

“Setakat ini tiada keputusan akhir dibuat, namun persatuan akan terus berhubung dalam tempoh beberapa hari untuk menentukan tindakan selanjutny­a,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo selepas mesyuarat tertutup ketiga- tiga persatuan peguam terbesar negara itu yang diadakan di sebuah hotel di sini kelmarin.

Mesyuarat dipengerus­i Ranbir itu turut dihadiri Presiden Majlis Peguam Malaysia George Varughese, Presiden SLS Brendon Soh dan 15 ahli jawatan kuasa daripada ketiga- tiga persatuan peguam.

Pertemuan itu bagi mendapatka­n kebenaran bergabung bagi mencabar lanjutan itu.

Pada 7 Julai lalu, kerajaan melanjutka­n tempoh berkhidmat Raus kepada dua tahun lagi sementara Zulkefli dilanjutka­n perkhidmat­an tiga tahun.

Kedua- duanya dilantik sebagai hakim tambahan sehingga usia mereka mencecah 66 tahun enam bulan selaras dengan Perkara 122 ( 1A) Perlembaga­an Persekutua­n.

Majlis Peguam mem- buat kenyataan balas kepada Putarajaya dengan menyifatka­n pelantikan itu sebagai tidak pernah berlaku, mengganggu dan jelas melanggar perlembaga­an merujuk kepada sekurangku­rangnya lima perlanggar­an perlembaga­an.

Majlis i tu percaya, sekiranya pelanjutan ini tidak dibantah, ia boleh membawa kepada krisis perlembaga­an.

Sementara itu Majlis Peguam Malaysia akan mengadakan mesyuarat luar biasa di Kuala Lumpur pada Khamis depan.

 ??  ?? BELUM CAPAI KEPUTUSAN: Ranbir ( tujuh kiri), George (enam kiri), Brendon (lapan kiri) dan ahli jawatankua­sa daripada ketiga-tiga persatuan peguam bergambar bersama selepas mesyuarat tertutup di sebuah hotel di Miri, kelmarin (Sabtu).
BELUM CAPAI KEPUTUSAN: Ranbir ( tujuh kiri), George (enam kiri), Brendon (lapan kiri) dan ahli jawatankua­sa daripada ketiga-tiga persatuan peguam bergambar bersama selepas mesyuarat tertutup di sebuah hotel di Miri, kelmarin (Sabtu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia