Utusan Borneo (Sarawak)

Pengendali MJA tempoh sehingga 31 Jan 2018 untuk dapatkan lesen

-

KUCHING: Pengendali Mesin Jual Air (MJA) diberi tempoh sehingga 31 Januari 2018 untuk mendapatka­n lesen MJA daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini berkata ketika ini terdapat 508 MJA dikesan beroperasi di seluruh Sarawak.

“Selaras kemas kini prosedur permohonan oleh Ibu Pejabat Keselamata­n dan Kualiti Makanan (IPBKKM), KKM, kesemua permohonan lesen seterusnya hendaklah dilakukan secara atas talian menggunaka­n pautan http:// fosimdomes­tic.moh.gov.my bermula April 2017.

“Oleh itu, semua Pejabat Kesihatan Bahagian/Daerah akan mengendali­kan bimbin- gan atau bengkel permohonan lesen MJA secara online selewat- lewatnya sebelum atau pada 31 Julai 2017 jika belum berbuat demikian,” katanya.

Dr Jamilah berkata selepas proses permohonan lesen secara ‘online’, persampela­n air daripada MJA akan mula dijalankan oleh pegawai berkuasa bagi memastikan kepatuhan kepada Jadual Ke25 Standard Air Minuman Berbungkus dan Air Dari Mesin Jual Air (Jadual A) Akta Makanan 1983 sebelum meneruskan proses kelulusan pelesenan.

Beliau menegaskan bahawa semua pengendali MJA atau wakil boleh diambil tindakan undang-undang jika gagal mematuhi peruntukan berkaitan.

Semua pengendali MJA atau wakil boleh diambil tindakan perundanga­n sekiranya gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan 360c(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Jika sabit kesalahan pengendali MJA atau wakil boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

“Oleh itu kerjasama daripada semua pengendali MJA dimohon untuk memudahkan kelancaran perjalanan proses permohonan lesen, persampela­n air atau hal-hal berkaitan,” ujarnya.

Pengendali MJA juga katanya, boleh menghubung­i Pejabatan Kesihatan Bahagian/ Daerah terdekat lokasi MJA berada untuk mendapatka­n keterangan lanjut.

Garis panduan permohonan lesen MJA boleh dirujuk dengan melayari laman sesawang http://fsq.moh.gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia