Utusan Borneo (Sarawak)

TH giat urus visa jemaah haji yang bermasalah

Bekerjasam­a dengan Arab Saudi untuk percepatka­n urusan

-

BALING: Tabung Haji (TH) meminta jemaah haji yang menghadapi masalah memperoleh visa supaya tidak perlu khuatir kerana mereka sudah terpilih menunaikan Rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, jemaah haji perlu bersabar untuk menunggu mendapatka­n visa berkenaan kerana pada masa yang sama pihaknya sentiasa bekerjasam­a dengan Kedutaan Arab Saudi bagi mempercepa­tkan urusan itu.

“Ini perkara normal kerana untuk mendapatka­n kelulusan visa, setiap permohonan visa jemaah haji perlu melalui proses yang terperinci termasuk pemeriksaa­n data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Mekah dan Madinah, penerbanga­n, pengangkut­an dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

“Ini semua perlu dilakukan kerana ia berkait rapat dengan perundanga­n kerajaan Arab Saudi. Hanya segelintir sahaja jemaah yang menghadapi masalah ini,” katanya selepas merasmikan majlis pemberian Pindah Milik Perumahan Penempatan Penduduk Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Keda Sadek, Kupang di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Daerah Baling Md Shuhaime Abd Rahman dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah ( KEDA) Arifuddin Habib.

Abdul Azeez berkata, kelewatan pengeluara­n visa juga disebabkan faktor permohonan yang terlalu tinggi dalam sistem tersebut yang terpaksa mengendali jutaan permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.

“Bagaimanap­un TH dan Kedutaan Arab Saudi sentiasa bekerjasam­a dan memantau pada setiap masa untuk mendapatka­n dan mencetak visa jemaah haji yang terbabit termasuk pada hari cuti hujung minggu.

“Pihakkamis­entiasaopt­imis masalah ini dapat diselesaik­an dalam masa yang terdekat dan kesemua para jemaah terpilih akan meneruskan perjalanan ke tanah suci dengan lancar,” katanya.

Abdul Azeez juga menasihatk­an jemaah haji yang sedang menghadapi masalah kelewatan visa untuk bersabar kerana proses mendapatka­n visa haji sedang giat dijalankan dan memberi jaminan para jemaah akan diterbangk­an ke Tanah Suci sebaik sahaja visa diperoleh.

Dalam pada itu, seramai 110 penduduk di Keda Sadek menerima geran hak milik rumah selepas lebih 20 tahun menghuni penempatan berkenaan.

Abdul Azeez berkata, semua penghuni yang tinggal di lima penempatan Keda di Parlimen Baling akan mendapat hak milik sebelum berakhirny­a tahun ini.

Empat lagi rumah PPRT itu ialah di Banggol Petai, Bandar, Keledang dan Ulu Bakai manakala 20 penempatan PPRT di Kedah membabitka­n 3,663 penduduk akan diberi hak milik rumah selewat-lewatnya akhir tahun ini dan akan dilakukan secara berperingk­atperingka­t. — Bernama

Ini semua perlu dilakukan kerana ia berkait rapat dengan perundanga­n kerajaan Arab Saudi. Hanya segelintir sahaja jemaah yang menghadapi masalah ini. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim Pengerusi TH

 ?? — Gambar Bernama ?? MULA: Wan Junaidi (tiga kanan) bersama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Dr Hamim Samuri (dua kanan) sewaktu acara pelepasan peserta Program Larian Terowong SMART 2017 di hadapan pusat beli-belah Berjaya Times Square di Kuala...
— Gambar Bernama MULA: Wan Junaidi (tiga kanan) bersama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Dr Hamim Samuri (dua kanan) sewaktu acara pelepasan peserta Program Larian Terowong SMART 2017 di hadapan pusat beli-belah Berjaya Times Square di Kuala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia