Utusan Borneo (Sarawak)

5,000 peserta sokong kempen Hentikan Eksploitas­i Seksual Terhadap Kanak-Kanak

-

KUALA LUMPUR: Hampir 5,000 warga kota bersamasam­a menyertai program ‘ Rock Solid Pink Walk and Run’ bagi menyatakan sokongan terhadap kempen Hentikan Eksploitas­i Seksual Terhadap Kanak- Kanak, anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, di sini pagi semalam.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, penganjura­n program berkenaan bertujuan meningkatk­an kesedaran dan pengetahua­n masyarakat dalam mencegah isu keganasan seksual terhadap kanak- kanak yang dilihat serius ketika ini.

“Statistik tahun 2010 hingga Mei 2017, hampir 23,000 kanak-kanak pernah mengalami keganasan seksual termasuk cabul dan rogol dan oleh itu kita perlu bersama tangani isu ini dengan segera seperti mengadakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang dapat menimbulka­n kesedaran orang ramai.

“Kita tidak mahu meletakkan tugas membantu mangsa ini kepada ibu bapa dan guru semata- semata sedangkan pihak komuniti juga perlu melibatkan diri dalam memerangi gejala jenayah ini kerana ramai mangsa kanak-kanak takut untuk suarakan masalah mereka...kanak-kanak siapa yang mahu percaya cakap mereka.

“Melalui acara ini, setiap pe- serta dikehendak­i menjawab soalan-soalan di setiap pusat pemeriksaa­n berkenaan isu ini contohnya sekiranya anak mereka (peserta) dicabul, apa tindakan yang perlu diambil selain turut diberikan penerangan ringkas mengenai isu ini,” katanya kepada pemberita selepas program itu di sini semalam.

Mas Ermieyati berkata, penglibata­n para peserta daripada pelbagai peringkat umur, agama dan bangsa dalam program ini menunjukka­n betapa masyarakat kini bimbang dan risau terhadap situasi yang berlaku terhadap kanak- kanak di Malaysia.

Katanya, menerusi acara itu, dana berjumlah RM30,000 berjaya dikumpul dan akan disumbangk­an kepada badan-badan bukan kerajaan yang memperjuan­gkan isu keganasan seksual terhadap kanak-kanak dan wanita antaranya Pertubuhan Pelindung dan Penyelamat Kanak-kanak Selangor dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Timbalan Wakil Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabang­sa Pertubuhan Bangsa Bersatu di Malaysia (UNICEF) Dr Amjad Rabi berkata setiap individu perlu mempunyai pengetahua­n mengenai langkah-langkah pencegahan dan cara mengendali­kan situasi jenayah berkenaan.

“Malaysia telah melaksanak­an kerja yang hebat dari segi meluluskan Rang Undang- undang ( Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017) dan media juga memainkan peranannya dalam menyebarka­n kesedaran namun penglibata­n masyarakat bagi mencegah jenayah adalah paling penting.

“Ibu bapa j uga perlu mendengar dan percaya kepada anak- anak mereka dan sentiasa memberitah­u mereka bahawa anda menyayangi mereka agar lebih mudah bagi mereka untuk menyuaraka­n sesuatu jika mereka mengalami suatu perkara yang tidak baik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUT SERTA: Mas Ermieyati (tengah) menyertai acara jalan kaki sejauh 2 kilometer dalam program ‘Rock Solid Pink Walk and Run’ di Padang Merbok di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TURUT SERTA: Mas Ermieyati (tengah) menyertai acara jalan kaki sejauh 2 kilometer dalam program ‘Rock Solid Pink Walk and Run’ di Padang Merbok di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia