Utusan Borneo (Sarawak)

TH perkenal lanyard pengenalan diri berbeza warna, kata Nurrin Anuwar

-

MEKAH: Buat pertama kali, Tabung Haji ( TH) memperkena­lkan pemakaian lanyard ( tali penyandang lencana pengenalan diri) berbeza warna dalam kalangan jemaah haji Malaysia mengikut maktab penginapan bagi melancarka­n operasi musim haji 1438 hijrah.

Timbalan Ketua Rombongan Haji ( Kebajikan) 1438 Hijrah, Nurrin Anuwar Shamsuddin berkata, pengenalan inisitaif baharu itu bagi memudahkan TH memantau pergerakan jemaah haji berikutan pertambaha­n kuota jemaah Malaysia kepada 30,200 orang musim ini.

Beliau berkata jemaah Malaysia ditempatka­n di 13 maktab penginapan yang dibahagika­n kepada lima zon sekitar kota suci Mekah, merangkumi 24 bangunan penginapan iaitu pertambaha­n daripada sembilan bangunan penginapan pada musim haji lepas.

“Selain itu, kita juga sediakan satu lagi lanyard khusus bagi jemaah haji yang kali pertama melakukan umrah dan ziarah sekitar kota Mekah.

“Ia akan memudahkan unit peronda TH di Masjidil Haram mengenal pasti jemaah mana yang melakukan umrah kali pertama, dan tahu jemaah itu dari maktab mana jika mereka tersasar daripada kumpulan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat TH Makkah di Hotel Abraj AlJanadriy­ah di sini, kelmarin (Sabtu).

Dalam pada itu, Nurrin Anuwar berkata TH sudah bersedia sepenuhnya bagi menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci Mekah, dan pihaknya sudah membuat persiapan sejak dua minggu lepas membabitka­n kemudahan prasarana, kebajikan dan perubatan.

Katanya khidmat sokongan juga disediakan melibatkan kemudahan kafeteria serta perkhidmat­an telekomuni­kasi i- Talk yang dikendalik­an Telekom Malaysia dan syarikat Saudi Telecommun­ications Company ( STC), di samping wifi dan internet di lokasi tertentu.

Beliau berkata, kumpulan pertama dan kedua jemaah haji Malaysia, masing-masing melibatkan 278 dan 470 orang, dijangka tiba di Makkah pada tengah hari dan petang, Ahad (30 Julai).

Sementara itu, Nurrin Anuwar menasihatk­an jemaah supaya minum air yang banyak dan mengelak terdedah terlalu lama kepada cuaca panas memandangk­an musim haji k a l i i n i b e r l a n g s u n g d a l a m m u s i m p a n a s antara 31 dan 43 darjah celsius.

Bagi membantu pergerakan jemaah berulang- alik dari maktab penginapan ke Masjidil Haram, beliau berkata TH menyediaka­n khidmat unit peronda yang ditempatka­n di lima atau enam stesen di sekitar masjid berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia