Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia sokong Arab Saudi tingkat keselamata­n Mekah, Madinah

-

PETALING JAYA: Malaysia menyatakan sokonganny­a terhadap tindakan Arab Saudi meningkatk­an kawalan keselamata­n di dua kota suci, Mekah dan Madinah, susulan serangan peluru berpandu balistik yang dilancarka­n puak Houthi Yaman berhampira­n Mekah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia juga menyokong usaha ketenteraa­n yang dilakukan sekutu Arab Saudi terhadap ibu negara Yaman, Sanaa, susulan serangan kumpulan pemberonta­k itu.

“Dalam hal ini, kita tetap bersama-sama dengan kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Salman yang amat prihatin dengan keadaan jemaah haji yang telah berada di dua kota suci itu sekarang.

“Kita boleh berbeza pendapat tetapi bukan dengan cara mengorbank­an kedua- dua kota suci...apatah lagi dengan mengorbank­an mana-mana jemaah haji dari mana-mana negara,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan penutupan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, walaupun serangan itu dapat dipatahkan, namun ia sememangny­a membimbang­kan Malaysia kerana jemaah negara kini berada di dua kota suci itu bagi menunaikan ibadah haji.

Beliau menegaskan bahawa mana-mana puak yang bersengket­a tidak seharusnya menjadikan Mekah dan Madinah sebagai sasaran serangan dan Malaysia berpendiri­an bahawa dua kota suci itu serta Bailtulmuq­addis perlu terus dilindungi.

“Kita bersiap siaga untuk membantu Arab Saudi dalam keadaan apa sekali pun dan mudah-mudahan Arab Saudi tidak bersendiri­an dalam menghadapi permasalah­an ini,” katanya.

Pada Khamis, pasukan keselamata­n Arab Saudi memintas sebuah peluru berpandu balistik dikenali sebagai ‘ Burkan- 1’ yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif. Menurut laporan media antarabang­sa, puak Houthi pada Jumaat mengesahka­n telah melancarka­n peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi namun berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabang­sa King Abdulaziz di Jeddah, iaitu lapangan terbang paling sibuk di negara itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia