Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Mandarin Repok dan PDK Sarikei anjur ‘Charity Run’

-

SARIKEI: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Mandarin Repok dengan kerjasama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sarikei akan menganjurk­an ‘Charity Run’ pada 3 September (Ahad).

Presiden JCI Mandarin Repok Sarikei Eileen Wong berkata, acara larian itu adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial pihak JCI kepada masyarakat.

“Matlamat utama larian ini dianjur adalah untuk mengeratka­n hubungan JCI dan PDK yang merupakan sebuah badan yang berkhidmat kepada masyarakat, khususnya kepada golongan orang istimewa.

“Selain itu, tujuan lain larian ini dikelolaka­n adalah untuk membantu PDK. Setiap sumbangan berjaya dikutip melalui penganjura­n larian ini akan disumbangk­an kepada PDK,” katanya.

Jelasnya, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak dalam larian yang bermula di Dewan Suarah Sarikei bermula jam 6 pagi.

Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50 seorang dan jarak larian adalah sejauh lima kilometer.

Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan wanita dan penyertaan terbuka kepada semua pihak.

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai RM350, kedua RM250 dan ketiga RM150 untuk kedua-dua kategori.

Selain itu setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan dan beberapa barangan cenderamat­a lain daripada pihak penganjur.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini dan mendapatka­n borang penyertaan, peserta yang berminat boleh menghubung­i wakil jawatankua­sa pihak penganjur iaitu Tinna Wong di talian 014 8978888, Eileen (016 8925856) dan Stella (016 880 5894).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia