Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat di Saratok perlu kekal semangat perpaduan

-

SARATOK: Rakyat di Parlimen Saratok perlu mengekalka­n semangat perpaduan menggambar­kan konsep 1Malaysia yang telah lama tersemai di sanubari mereka.

Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom berkata di kawasan ini kedamaian dan semangat perpaduan boleh dilihat di mana-mana pada setiap hari.

“Kaum Cina, Melayu dan Iban boleh duduk di satu meja kedai-kedai kopi dan dalam apa-apa aktiviti dan majlis dianjurkan.

“Satu lagi contoh amat jelas menggambar­kan semangat perpaduan itu utuh di kawasan ini ialah semua kaum boleh menikmati setiap perayaan secara bersama.

“Berkongsi dewan, kongsi meja dan bekerjasam­a men- ganjurkan aktiviti menjadi budaya masyarakat di sini harus dikekalkan kerana ia menjadi asas kepada semua perkara,” katanya pada Penutupan Gawai Raya 2017 di sini malam kelmarin.

Majlis itu dihadiri sekitar 1,800 orang tetamu terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum di Parlimen Saratok.

Menurut Mawan, rakyat pelbagai kaum harus mempertaha­n perpaduan dinikmati demi kelangsung­an kemakmuran negara pada masa akan datang.

Tambahnya, hubungan erat antara masyarakat penting dalam mewujudkan suasana politik stabil dan kondusif.

“Ia membolehka­n pemimpin kerajaan menumpukan perhatian, usaha dan tenaga ke arah memperheba­t pembanguna­n sosioekono­mi supaya dapat ke satu tahap kemajuan lebih membanggak­an.

“Kita mesti terus bersatu, bergerak maju ke hadapan sebagai satu pasukan mantap, justeru semua pihak perlu berganding bahu mengekalka­n keamanan dan perpaduan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Penasihat Persatuan Islam Malaysia Tengku Azril Abdul Razak, Pegawai Daerah Saratok Mohd Ikmal Abdullah serta ketua-ketua masyarakat.

 ??  ?? BERAKHIRNY­A: Mawan bersama Tengku Azril melakukan upacara ‘ngiling tikai’ sebagai simbolik penutupan Gawai 2017.
BERAKHIRNY­A: Mawan bersama Tengku Azril melakukan upacara ‘ngiling tikai’ sebagai simbolik penutupan Gawai 2017.
 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Mawan bersama tetamu menyempurn­akan upacara Penutupan Gawai Raya 2017.
RAIKAN BERSAMA: Mawan bersama tetamu menyempurn­akan upacara Penutupan Gawai Raya 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia