Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM nafi dakwaan kes JANS tiada unsur rasuah Suruhanjay­a akan pantau dan kaji berita yang tidak sahih

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) semalam menafikan dakwaan kononnya telah mengesahka­n tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Menurut SPRM dakwaan yang ditularkan pihak tidak bertanggun­gjawab itu adalah tidak benar sama sekali dan mengeliruk­an masyarakat.

Sehubungan itu, SPRM akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tiada mana-mana pihak cuba mencemarka­n reputasi SPRM.

“Pengurusan Tertinggi SPRM sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” kata SPRM dalam kenyataan, di sini semalam.

Berhubung kes itu, katanya, pada 29 Dis 2016, tiga individu telah pun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM61.48 juta, selain memiliki secara salah barangan mewah dan sebutan kes tersebut telah ditetapkan pada 8 Ogos ini.

SPRM berkata, ketiga-tiga tertuduh ialah bekas Pengarah JANS Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan isterinya Fauziah Ag Piut serta penasihat teknikal dan kejurutera­an Kementeria­n Kewangan Sabah, Lim Lam Beng.

Ag Mohd Tahir didakwa dengan 12 pertuduhan mengikut Seksyen 4( 1)( a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan ( AMLATFA) 2001 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penguba- han Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram ( AMLATFPUAA) 2001.

Fauziah dan Lim pula masing-masing didakwa dengan 19 pertuduhan bernilai RM2.2 juta dan empat pertuduhan bernilai RM2.38 juta di bawah Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001.

“SPRM ingin menegaskan kesalahan di bawah AMLATFPUAA 2001 melibatkan hasil wang haram yang diperoleh daripada kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 oleh perasuah,” katanya.

Mengikut seksyen tersebut, SPRM berkata seseorang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. — Bernama

Pengurusan Tertinggi SPRM sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Kenyataan SPRM

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Anggota penguatkua­sa Jabatan Perikanan Terengganu memeriksa saiz mata pukat yang digunakan sebuah bot nelayan yang berjaya ditahan di Pelabuhan Perikanan Chendering, Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Anggota penguatkua­sa Jabatan Perikanan Terengganu memeriksa saiz mata pukat yang digunakan sebuah bot nelayan yang berjaya ditahan di Pelabuhan Perikanan Chendering, Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia