Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan asing kaut gamat di Pulau Kapas

-

KUALA TERENGGANU: Sekumpulan nelayan warga Vietnam didapati mengaut gamat kira-kira 6.5 batu nautika dari perairan Pulau Kapas awal pagi semalam.

“Jabatan Perikanan pada mulanya menerima aduan daripada nelayan kawasan Merchang mengenai kehadiran nelayan asing yang mencurigak­an di perairan Pulau Kapas malam tadi (kelmarin).

“Bertindak atas aduan itu, enam anggota penguat kuasa jabatan kemudianny­a mengenal pasti lokasi bot nelayan tersebut.

“Namun mereka turut berdepan detik cemas apabila kumpulan nelayan itu bertindak agresif dengan cuba melanggar bot jabatan.

“Bagaimanap­un, pasukan penguat kuasa dapat menahan bot itu yang membawa seorang tekong dan empat awak-awak jam 1 pagi tadi ( semalam),” kata Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali kepada pemberita semalam.

Ia adalah tangkapan pertama melibatkan hasil gamat setakat ini tahun ini.

Zawawi berkata, bot itu didapati milik nelayan tempatan yang didaftarka­n di Kelantan namun menggunaka­n tenaga kerja warga Vietnam untuk menangkap ikan laut dalam.

Beliau berkata, bot tersebut melakukan lima kesalahan iaitu menceroboh perairan kawasan nelayan tradisiona­l, menggunaka­n peralatan yang tidak dibenarkan untuk menangkap gamat dan saiz pukatnya hanya 22 sentimeter berbanding 38 sentimeter yang dibenarkan.

Dua lagi kesalahan ialah cuba melarikan diri botnya tidak mempunyai ‘ tin plate’ (tanda pengesahan bot Malaysia yang dikeluarka­n Jabatan Perikanan).

Beliau berkata, gamat bernilai RM2,000 turut dirampas daripada para nelayan itu.

Zawawi berkata jabatan tidak memberikan lesen untuk tangkapan gamat di Terengganu, namun aktiviti menangkap gamat oleh nelayan asing semakin berleluasa ekoran harganya yang mahal di negara jiran.

Beliau berkata tangkapan tersebut merupakan yang kesepuluh setakat ini tahun ini membabitka­n nelayan asing di mana Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menahan sembilan bot dan satu lagi adalah hasil tangkapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sepanjang tahun lepas, sebanyak 20 bot yang menceroboh perairan Terengganu ditangkap di mana 11 tangkapan oleh Jabatan Perikanan dan sembilan tangkapan oleh PDRM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia