Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian projek terowong dasar laut, jambatan ketiga belum diterima

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Kerja Raya masih belum menerima maklumat terkini mengenai kajian terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan jambatan ketiga yang dijanjikan untuk dihantar kepada kementeria­nnya Jun lepas.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pada Mac lepas, kerajaan negeri menerusi Ketua Menteri Lim Guan Eng telah berjanji untuk menghantar kajian itu bagi membuat permohonan dua projek berkenaan.

“Kalau ikut perjumpaan pada Mac lepas dengan Lim dan Exco kerajaan negeri, konsultan serta kontraktor bagi dua projek itu, mereka beritahu semua kajian itu telah 80 peratus siap. Tapi setakat ini, kami belum terima apa-apa kajian berhubung dua projek tersebut.

“Saya masih tunggu ( kajian dihantar), kalau tiada jadi tiadalah kelulusan. Oleh itu, kementeria­n tidak harus dipersalah­kan bagi sebarang kelewatan,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek menaik taraf jalan persekutua­n dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang, Bayan Lepas dekat sini, semalam.

Beliau berkata tahun lepas, kerajaan Pulau Pinang menghantar surat kepada kementeria­nnya untuk meminta kelulusan bagi pembinaan jambatan ketiga tanpa mengemukak­an apa-apa dokumen sokongan.

“Mereka bagi surat minta kelulusan secara prinsip, saya kata tak boleh kerana menerusi prosedur kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) kalau hendak minta kelulusan perlu ada surat sokongan termasuk kajian menyeluruh termasuk berkaitan trafik serta impak sosial.

“Kalau kementeria­n buat projek untuk negeri pun memang kami akan minta dokumen-dokumen tersebut untuk dinilai secara terperinci sebelum ia diluluskan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Fadillah berkata projek menaik taraf jalan persekutua­n yang dilawati semalam telah siap 93 peratus dan dijangka siap sepenuhnya mengikut jadual pada 23 Dis ini.

“Pelaksanaa­n projek membabitka­n kos pembinaan sebanyak RM297,717,871 dengan jarak sepanjang tiga kilometer bermula dari Kampung Sungai Batu hingga ke Sungai Tiram itu akan memberi manfaat kepada 196,195 penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya projek berkenaan meliputi kerja pelebaran jalan daripada dua lorong kepada empat lorong dan ia merupakan kesinambun­gan kepada pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang telah beroperasi.

“Selain menyediaka­n empat lorong yang melintasi pekan Bayan Lepas, projek itu turut menyediaka­n empat lorong bertingkat yang menyediaka­n laluan terus dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang ke Teluk Kumbar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Fadillah (tiga kanan) melawat tapak projek naik taraf Jalan Persekutua­n FT006 dua lorong kepada empat lorong dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Fadillah (tiga kanan) melawat tapak projek naik taraf Jalan Persekutua­n FT006 dua lorong kepada empat lorong dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) dekat George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia