Utusan Borneo (Sarawak)

Isteri harap suami hilang di laut ditemui segera

-

ALOR SETAR: Ruhaida Idrus, 33, berharap suaminya yang hilang di laut sejak kelmarin dapat ditemui segera.

“S a y a m a h u d i a ditemui selamat dan saya sudah bersedia dengan ketentuan Ilahi. Apa pun saya mengharapk­an orang ramai terus berdoa agar suami saya ditemui semula,” katanya ketika ditemui di pelantar nelayan Kuala Sala dekat sini semalam untuk menunggu khabar berita mengenai suaminya Mohd Hafiz Abu Hassan, 36, yang didapati hilang dari bot ketika memancing seorang diri kirakira 12 batu nautika dari barat daya Kuala Kedah.

Bot Mohd H a f i z ditemui oleh sekumpulan nelayan yang melalui kawasan itu pada jam 4.30 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat digerakkan sepasukan anggota bot Maritim pada jam 4.55 petang sebelum dihentikan buat sementara pada jam 7.30 malam kelmarin.

Ruhaida yang sedang mengandung enam bulan anak keempatnya berkata, dia mengetahui suaminya hilang apabila dimaklumka­n rakan suaminya dan jiran terdekat mereka pada jam 4 petang kelmarin.

“Mereka kata mereka jumpa bot suami saya yang berpusing-pusing di atas air. Bagaimanap­un suami saya tidak ada di atas bot, yang ada hanya bekal nasi lemak, roti dan buah rambutan yang dibawanya,” katanya.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa disambung pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkua­s a M a r i t i m Malaysia (APMM) Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Maritim Hairil Izhar Nor Azmi berkata operasi disambung semula jam 7.30 pagi membabitka­n empat bot APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Katanya, seramai 38 ang- gota dari pelbagai agensi menumpukan pencarian di sekitar 80 batu nautika persegi di mana lokasi Mohd Hafiz dipercayai terjatuh dari bot.

“Setakat jam 12.30 tengah hari tadi (semalam), mangsa belum berjaya ditemui. Setakat ini tiada petunjuk baharu ditemui selain bot gentian kaca milik mangsa yang ditemui petang semalam (kelmarin).

“Keadaan cuaca hari ini ( semalam) hujan dan l a u t b e r g e l o r a h i n g - ga menyukarka­n penglihata­n, namun kita akan teruskan mencari berdasarka­n pengalaman dan pengetahua­n yang ada dengan mengambil kira dari segi air pasang surut dan arah tiupan angin,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERHARAP: Ruhaida bersama dua anaknya berusia empat dan enam tahun melihat gambar suami Mohd Hafiz yang masih hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika memancing di barat daya Kuala Kedah, ketika ditemui di pelantar nelayan Kuala Sala...
— Gambar Bernama BERHARAP: Ruhaida bersama dua anaknya berusia empat dan enam tahun melihat gambar suami Mohd Hafiz yang masih hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika memancing di barat daya Kuala Kedah, ketika ditemui di pelantar nelayan Kuala Sala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia